5 Lagu Cinta BEYOND Hong Kong

hahahah, tetiba tajuk cabaran ke 11 ini ialah cerita pasal 5 lagu  cinta . Oklah, takpa, sebab ramai sangat suka share lagu cinta. Ok kali ini saya nak anda dengar pulak, 5 lagu cinta kumpulan BEYOND, kumpulan rock dari Hong Kong yang satu ketika dulu menjadi pujaan ramai anak gadis Hong Kong. Memang layan, kalau korang faham  kantonis, tentu lagi best. Tapi apapun jom layan dulu seleksi lagu di bawah. untuk sejarah kumpulan ni, boleh google di wikipedia. Aku rasa victor pun suka lagu diorang ni.


hong kong


1) Kehilangan Wong Ka Kui

Oklah, masuk kepada satu tajuk yang pelik, kenapa kehilangan pulak ? Lagu di bawah ni memang master piece kumpulan nih, sebenarnya ianya satu lagu semangat, tetapi dalam satu bait lirik tu sedikit berhantu, sebab lagu tu memang menggambarkan bagaimana penyanyi utama nya meninggal, sama seperti yang ditulis dalam lirik lagu nih. Kalau beyond nanyi, mesti rasa sedih, sebab akan teringat kehilangan wong ka kui


2) Ballad Yang Mengancam

Hhahaha, solo lagu ni, cara nyanyian lagu ni, memang best, antara solo tengah, dan solo akhir, memang best. Lagu nih aku dengar macam lagu fotograf pun ada. Hahhaha, memang selalu layan, antara lagu yang mesti pasang dalam kereta kalau buka track folder beyond


3) Tribute to Nelson Mendela

Jangan lupa, diorang ni memang ada pergi kenya, pergi afrika, jadi masa balik dari kenya tuh, mereka buat lagu nih, memang cool gile, dari sini memang ramai tahu lagu beyond memang ada mesage yang bagus, selain dari lagu cintan cintun


4) AMANI

Selain dari lagu di atas, lagu amani adalah lagu , nyanyi dalam dua bahasa, satu bahasa kantonis dan bahasa swasili. Memang best, dan saya pun pernah perfom lagu ni bersama student saya dulu masa dinner, layan gilo


5) Lagu HARI IBU ?

lagu paling mengancam, intro solo dia memang best, sampai kalau mak saya call dulu, mesti keluar rington lagu ni, sampai mamat cina sebelah saya kat kafe pun pelik saya pasang lagu nih. Jadi lagu ni memang bermakna buat kumpulan beyond. Lagu ni ditujukan untuk mak mak diorang, yang merestui penglibatan mereka dalam bidang muzik. Memang cool


Oklah cukuplah 5 lagu, takdalah lagu cinta sangat, tapi memang tak dinafikan, saya memang suka lagu beyond ni, walaupun banyak juga lagu kantonis lain yang feel, Sebab diorang ni rock, bergerak indie dan paling penting MELAWAN ARUS !!!!

Comments

Post a Comment

Popular Posts