5 Cara Tarik Ramai Followers

Cara tarik lebih followers ni aku dapat dari majalah masa membaca kat hyundai center tuh. Apapun kalau korang nak try tarik ramai followers bolehlah cuba 5 tips yang dapat nih, manalah tahu boleh ramai follow korang, terus glamour macam Anuar Zain ke. Hahhaha. 


ramai followers


1. Fokus

Fokus pada beberapa laman web yang utama sahaja seperti Facebook dan Twitter dan rajin-rajinlah update dengan content berkualiti. Bila ramai orang yang membacanya, bermakna kamu akan dapat lebih banyak peminat.

2. Asli

Isi kandungan yang asli biasanya akan banyak dikongsi orang lain berbanding kandungan yang sudah pun floating around. Jadi cuba post gambar seni rias kuku ambre kamu beserta cara-cara melakukannya, pasti ramai yang teruja nak cuba.

3. Update

Update akaun kamu secukupnya supaya followers tahu kamu sentiasa ada tapi jangan over sangat sampai mereka naik muak pulak. Sekali sehari pun dah cukup, melainkan kamu ada benda penting yang nak dikongsikan.

4. Retweet

Retweet stuff dari followers, komen gambar rakan-rakan kamu dan respon pada komen yang kamu terima supaya orang tak rasa yang kamu ini syok sendiri atau berlagak tak bertempat.

5. Gambar/Video

Untuk tarik lebih perhatian, sentiasalah muat naik gambar atau video. Tweet tentang konsert yang kamu hadiri tuh agak membosankan. Apa kata upload video pendek band kegemaran kamu sedang menyanyi. Totally retweetable.

Macam tulah ayat dari tips dari majalah tersebut, hahaha, ni aku penat type balik. Oklah , kalau rasa ok, bolehlah cuba, kalau rasa menyampah bolehlah share kat kengkawan korang ok ?

Comments

Popular Posts