Teknik SUCI dalam Business Shaklee

Alhamdulillah, hari sabtu lepas, berakhirnya kelas Shine Your Way ,anjuran Supergirls, yang diadakan pada 31/5/2014. Bertempat di Amsyiq Gold, nampaknya kali ini kehadiran memang ramai, sampai tiada tempat nak bergerak, aircond panas gila, nasib baiklah 3 bilik belakang boleh buka, boleh landing. Tetapi apa yang menarik dalam kelas semalam, saya merumuskan ada satu teknik yang dipanggil Teknik SUCI




4 Wanita Besi Yang Berani

Dalam menyahut cabaran era baru business Shaklee, empat wanita hebat dari team Supergirls, Puan Nurul, Salwa, Azmiah dan Ainul Mustafa telah berkongsi dan bertukar-tukar pendapat tentang business Shaklee yang semakin hari semakin dapat sambutan. Jadi, semasa mendengar tips Branding Yourself dari Nurul hidayah, atau mak rama rama, saya dapat mencipta formula SUCI, yang sesuai untuk diamalkan oleh semua SID 

1. Sharing

Berbeza dengan business lain, konsep yang telah ditekankan oleh Dr Forrest C Shaklee ialah Sharing, bukannya Selling. Kuasa berkongsi, kongsi kebaikan produk, rajin menulis di blog, rajin update status yang terbaik untuk pembaca facebook ialah kekuatan sebenar bagaimana produk Shaklee diterima oleh semua lapisan masyarakat. Ianya banyak menggunakan teknik Soft Selling berbanding dengan teknik Hard Selling. Tetapi tak dinafikan , dua-dua teknik soft dan hard perlu dalam business ini.



2. Unique

Produk Shaklee sekarang ramai dah tahu berkesan, tetapi menonjolkan keunikan kita adalah satu perkara yang membuatkan orang tertarik dengan kita, senang berurusan dengan kita, dan akhirnya mampu menjadi rakan business kita satu hari nanti. Paling penting ialah menjadi diri sendiri, selain meningkatkan kualiti yang ada pada diri. Allah memang jadikan kita dengan keunikan sendiri, jadi tak perlu risau dengan orang lain, yakin pada diri sendiri.



3. Committed

Tak cukup dengan kenal tahu suka cinta, selepas kita dah kenal, dah cinta dan suka, kita kena committed, dengan business yang kita ini. Kena bersungguh-sungguh, cuba keluar dari comfort zone, dan buat sehabis yang baik. Sebab kita yang cintakan business ini, jadi cinta itu perlukan pengorbanan, komitmen kita akan menentukan tahap kejayaan kita dalam business shaklee .



4. Inspired

Kejayaan kita bukan untuk kita sahaja, ianya akan menjadi inspirasi orang lain. yakinlah dengan setiap apa yang kita lakukan. Mungkin ada yang kata kejayaan yang biasa-biasa, tapi sesetengah orang dia akan terinspirasi dengan tindak tanduk anda. Jadi, tunjukkan suatu movitasi yang tinggi kepada orang lain. Nampak macam berlagak, tapi niat kita lebih penting dari berlagak itu sendiri.




Suatu Perjuangan SUCI ?

Dalam kelas ini, Puan Nurul telah meminta kami menyanyikan lagu Mawi duet dengan Akil Hayy, Hambamu Allah. Lagu ini sangat memberikan suatu kuasa motivasi, kerana target kita ialah di Akhirat sana, Dunia ialah jalan untuk menabur, dan melaburkan, menyemai benih benih di SANA kelak. Apapun layan gila nyanyi lagu tema Imam Muda nih.






YA ALLAH, MUDAHKANLAH JALAN KAMI MENUJU KEJAYAAN MENJADI MASTER COORDINATOR 2014




Comments

Post a Comment

Popular Posts