La Roja Kena Rojak !!!

Semalam punya game tak sempat tengok, setelah penat dari dinner RMC, nampaknya terrtidur terus sampai ke subuh, rupanya, tengok result, hahaha, bajet ramai kata sepanyol boleh menang, tapi rupanya la roja kena rojak dengan team orange 5-1, hahaha, apa yang silap nih ? Nampak sangat Luis Van Gaal ni tipu !!!


Sebelum episod rojak dengan Holland

Sebenarnya masalah tiki-taka spain ni dah di kesan masa lawan Brazil di final akhir piala konfederasi, masa itu spain kalah kepada brazil 3-0, walaupun mengawal permainan, tapi Brazil berjaya dengan serangan pantas dan akhirnya Spain kena rojak dengan Brazil. Tak sangka LVG dapat mengesan kelemahan tiki-taka ini dan akhirnya robben dan kawan kawan menganjingkan la roja di depan rakyat brazil


Tiki Taka Tinggal Teka Teki ?

Itulah yang menjadi kenyataan sekarang, dulu aku rasa Pep Guardiola memang dikatakan hebat, tapi member aku kata tiki-taka akan ada musim, dan akhirnya, permainan serangan pantas, akan mengalahkan budak yang suka pegang bola lama, kejatuhan barcelona, dan spain tahun ini, amat teruk sekali, walaupun 2012 menunjukkan tiki-taka menguasai eropah. 

Manchester United Akan Bangkit ?

LVG dan RVP nampaknya telah bagi signal kepada bebudak EPL, yang diorang akan bangkit, abam Mourinho tentu bergembira nak jumpa cikgu lama dia di Barcelona dulu. Apapun, kita layan juga aksi world cup nanti, saksikan kebangkita Spain atau Holland akan belasah team lain pulak !!!



Comments

Popular Posts