Kenapa S Veenod Tak Dapat Main Malaysia ?

Semalam saya rasa macam takda harapan selangor nak menang lawan terengganu, mula-mula memang dah leading satu kosong, tapi entah kenapa, Rangel di buang padang, dan Selangor bermain 10 orang. Tapi, Selangor bertuka strategi, counter attack pantas dilakukan oleh 3 orang sprinter Selangor, Andik, Veenod dan Kunalan. Hari ini aku nak share sikit pendapat aku tentang Veenod nih.



Kelebihan Veenod

Seperti yang aku pernah cerita dulu, Veenod adalah box to box midfielder, dia akan berlari tanpa henti, sama ada untuk serangan mahupun defensive. Veenod mampu menghubungkan 2 kawasan , dan ini penting bila serangan pantas dilakukan. Semalam aku dapat saksikan sendiri keupayaan Veenod, akhirnya tanpa kenal penat, dia berjaya jaringkan gol kemenangan, dan menghadiahkan gol kepada Kunalan. Dulu aku pergi stadium lawan JDT, gila tak ingat tengok Veenod berlari atas bawah. 

Gandingan dengan Andik, Kunalan dan Nazmi

Apapun. musim ini, Veenod nampak serasi digandingkan dengan Andik,Kunalan dan Nazmi dibahagian tengah. Veenod berjaya menjadi backup kepada 3 jentera tengah ini. Andik dan Kunalan juga ada kepantasan. Kalau kira Andik boleh menggelecek, dan Kunalan pula boleh berlari dengan pantas dan menajdi defensive. Nazmi pula akan lebih mudah mendapat bola dengan adanya Veenod sebagai defensive midfielder, dan boleh berlari pantas jika mereka mahu bermain counter attack.

Jaringkan banyak GOL

Yang pasti, Veenod kena jaringkan banyak gol, mesti berkebolehan untuk mencuba dan menyerang. Aku nampak di sini Malaysia perlukan orang seperti Veenod. Taktikal malaysia sebelum ini amat lemah sebab takda box to box midfielder, yang digunakan untuk menghubungkan defense dan attack. Penting juga Veenod sebab dia boleh bermian counter attack dan turun dengan pantas jika diperlukan.



Comments

Popular Posts