TNB Tipu Nak Berniaga

Bila tengok balik pasal gambar kat bawah nih, aku pun tak tahulah betul ke tidak statement berita bawah nih. Sekadar membandingkan 2 artikel yang jaraknya agak jauh juga. So mungkin ada sebab si Najib kata ada masalah lsampai nak kena selamatkan TNB dari kerugian.

1. Masa bulan 10 tu maybelah untung gila gila, tak pasal pasal lepas tu memang boleh rugi, sebab jarak tu jauh, mungkin lepas untung tu diorang buat projek yang merugikan, jadi Najib sayang kat TNB , kenalah selamatkan.

2. Tapi peliknya dalam perkhidmatan tenaga nih, TNB je yang monopoli semua tenaga elektrik dalam Malaysia nih, yang lain mana ada. Kalau telefon tu, kita ada jugak saingan telekom, digi, celcom dan macam macam lagi. Tapi TNB ni dia sorang je provide elektrik, itu pun cakap masih rugi.

3. Lagi lagi sebenarnya ada yang kata dalam Islam, hukum monopoli ialah HARAM !!! Dalam contoh nih, TNB monopoli business tenaga elektrik . Tiada saingan , tariff boleh naik sesuka hati.

4. Jadi macam tak real kalau rasa ada rugi, sebab takda saingan dari syarikat tenaga lain. Tak faham betul kalau tiba tiba Najib kata nak selamatkan TNB. Tapi mungkin TNB rugi buat business lain rasanya, jadi terpaksalah naikkan tarif elektrik.

Itu je yang dapat saya fikir, kalau orang lain, yang power, tentu sekali banyak fakta , dan penjelasan. Saya tak dapat nak fikir lagi, kena banyak lagi le jawabnya. !!!!

Comments

Popular Posts