Irfan Bakti : Jurulatih FELDA Yang Layak Ke Final Piala FA 2014

Nampaknya  kali ini, Kelantan terpaksalah lupakan hasrat nak bermian di Final Piala FA 2014, dan Felda nyatanya terbukti, dengan skuad kendalian Irfan Bakti, bisa membuat kejutan, dengan bekas pemain kelantan sendiri, Indra Putra berjaya merobek gol lawan, dan seri 2-2 di Shah Alam, cukup melayakkan Felda ke pentas akhir Piala FA 2014.




Magik Lagi Bertemu Kelantan

Nampaknya magik irfan bakti menjadi lagi bertemu kelantan. Dulu, terengganu berjaya menumpaskan kelantan pada suku akhir piala malaysia, bangkit  menundukkan kelantan masa final piala FA 2011. Dan Akhirnya sekarang, mereka bangkit lagi dari ketinggalan 2-1, dan akhirnya layak ke pentas final piala FA untuk 2014. Felda United mencatat rekod terbaik selepas sime darby layak ke final pentas piala FA.

Taktikal Negatif

Dulu aku pernah tulis, Irfan dulu, jurulatih yang gila juga, suka bermain corak bertahan, dan akhirnya tersungkur juga, Dulu, irfan tersungkur bersama selangor, masa tu kalah dengan JDT, walaupun mendahului JDT dengan beza jaringan 2-0. Tapi masa tu JDT antara team yang terbaik dibawah kelolan Fandi Ahmad, mereka berjaya bangkit dan terus ke pentas final Piala FA 2013.

Mampukah FELDA UNITED Cipta KEJUTAN ?

Tak mustahil, sebab kali ini, felda dibarisan pemain yang berpengalaman, dan mereka mampu mengatasi skuad tok gajah, walaupun, di atas kertas, tak melampau dikatakan Pahang berpeluang menjulang piala kedua musim ini, setelah menjulang piala sumbangsih pada awal musim mengalahkan lions.


Comments

Popular Posts