Ibu Tunggal vs Poligami

Sempena hari ibu yang lepas, saya terdengar berita dalam radio rasanya berkisarkan tentang sambutan hari ibu oleh ibu tunggal. Nampaknya isu ibu tunggal ini memang hangat, kawan kawan ASB pun join kelab ibu tunggal di facebook. Antaranya tentu sekali Naja Bekam, AK dan lain lain geng ASB. Ada beberapa masalah yang sekarang ini menghantui ibu tunggal nih. 


poligami

Bilangan Makin Ramai

Boleh dikatakan bilangan ibu tunggal, tak termasuk janda takda anak, semakin ramai. Statistik yang aku dengar ingat ingat lupa katanya nak sampai hampir satu juta. Betul ke ? Maksudnya kat sini, ramai perlukan bantuan, setelah si suami cabut lari atau suami terpaksa pergi dulu meninggalkan duni yang fana ini.

Cari DANA 

Dalam perhimpunan yang lepas, semasa sambutan hari ibu, persatuan telah meminta kerajaan mencari dana tambahan untuk mereka, disebabkan jumlah yang makin meningkat, dan kos sara hidup yang makin hari makin mencengkam jiwa dan raga. Itu belum masuk lagi belanja sekolah anak, kos rawatan hospital dan hutang hutang lain.

Ibu Tunggal MENOLAK POLIGAMI ? 

Yang ini memang menjadi isu besar, sebab bukan semua yang akan setuju akan poligami. Sebabnya senang je.

  1. Mereka ni ada yang ditinggalkan suami, jadi serik nak ada suami.
  2. Mereka takut poligami yang hanya bersandarkan nafsu sex semata mata
  3. Mereka lebih suka berdikari dari bersandarkn orang lain. 
  4. Takut poligami tidak adil dan tak dapat dana secukupnya untuk anak mereka.
  5. Ramai tersisih sebab yang laki sibuk cari mak tunggal yang cun je.

Sampai Bila Masalah Ibu Tunggal Akan Berterusan ? 

Sampai bila pun tak tahu, yang penting kena semua patah balik ke asas Islam yang kukuh, dan masalah ini dapat diselesaikan dengan perlahan perlahan.

Comments

Popular Posts