Membeli Belah GM KLANG

Hari ini walaupun memang teruk kena bikin roadtax baru untuk kereta civic yang dah genap setahun, tapi kami satu keluarga bersama zainora kerol nurul dan papa akmal sempat nak pergi shopping di GM KLANG. Sebenarnya pertama kali pergi ke GM yang baru ini. Sebelum ini ke bangunan laman yang berwarna warni lagi berseri. Hoo banyak juga ye benda boleh shopping kat sini.

Banyak Pilihan Baju Kanak-Kanak

Banyak dan best best juga. Alhamdulillah sempat juga shopping kat sini, paling penting beli baju adik yang tak sabar nak keluar dari perut mama Ainul bulan 7 nih. Jadi Ainul sempatlah nak cari baju adik, tapi macam biasa kena sorok dari kakak, kalau tak semua benda kata Arreessa punya. Hoo oklah, sempat juga beli baju princess Arreessa yang nak pakai untuk NC Shaklee 2014 nanti.

Kawal Anak Bila Nampak Mainan

Boleh tersilap bila lalu tempat mainan, memang rambang mata woo, banyak lego dan macam-macam mainan ada, semua bebudak ni nangis nak mainan, kakak nak princess, wafi nak robot, dan macam -macam lagi. Last si Affan yang beli Ultraman, tak sempat nak main, kepala dah patah ( bkn kepala affan, kepala ultraman ) bila sampai rumah. Adui, budak budak ini memang kaki beli mainan, bonus shaklee ini memang membantu untuk beli mainan budak budak tuh. Alhamdulillah.

Teringat Tanah Abang Indonesia

Boleh pulak kami terbayang tanah Abang Indonesia. Aku pulak teringat memang tempat kedai borong, dekat ghuang zhou pun macam ni jugak bangunannya. Cuma lama je, sampai nampak kotor kalau tak jaga. Setakat ni GM ok, tak kotor dan selesa, bolehlah lepak lepak, makan kat foodcourt yang tak berapa nak besar. Rasa ok nak bergerak sebab datang hari biasa. Kalau datang hari minggu gamaknya sesak , adui poning kepala nak layan budak budak kalau menangis penat.


Comments

Popular Posts