Elak Stress : Apa Kata Dr Fadzilah Kamsah ?

Alhamdulillah, hari ini saya berjaya juga hantar Arreessa ke sekolah, walaupun sebenarnya stress sangat, sebab budak ni ada je alasan tak nak pergi school, dan biasanya memang liat nak masuk tandas, suruh mandi, tapi nasib baik kena bersabar, dan jangan sampai stress. Oklah, untuk artikel kali ini, saya nak ajak anda semua baca tentang

  1. Kenapa Kita Stress
  2. Pengambilan B Complex Untuk Kurangkan Stress
  3. Tips Dr Fadzilah Kamsah


1. Kenapa Kita Stress

Sebenarnya kenapa kita stress ni, banyak faktor, tengoklah banyak betul betul gambar kat atas, kalau kita tulis pasal stress ni, boleh jadi tertekan, dan buatkan kita sakit kepala. Tapi tak tahulah siapa yang lagi stress, adakah orang perempuan atau orang lelaki. 

Definisi Stress

Stress ni paling mudah ialah bila sesuatu benda tu dah melampaui kemampuan kita. Banyak perkara yang buatkan kita stress ialah sebab kita terlampau peka dengan benda yang di luar kawalan kita. Tapi kadang kadang, benda yang di bawah kawalan kita pun kita rasa boleh stress. Jadi tekanan ini ada yang baik dan ada yang tak baik, dan selalunya, tekanan ini kita ambil yang tak baik,itu yang jadi macam macam.

Membahayakan Kesihatan

Hooo kalau tengok list di bawah, yang ni memang saya ambil terus dari website, macam-macam boleh jadi, yang dibawah, antaranya yang paling senang kita perasan ialah
  • tekanan darah naik
  • jantung berdegup laju
  • penghadaman tak bagus
  • imunisasi jadi lemah
  • otot tertekan
  • rasa susah nak tidur

Penyebab No 1 Kepada Kematian

Hahhaha, yang nih, bunyinya macam tak betul, tapi punca penyakit jantung, tekanan darah, dan macam macam lagi, semuanya adalah dari stress, stress dan stress. Memang benar, dan ini yang diceritakan oleh adik ipar saya Dr Ainal Faezah. Memang dia kata, stress je dah cukup membunuh dan membuatkan duit kita habis di hospital, ini lagi stress.

kredit kepada musicyourmind.com

2. Cerita Tentang Vitamin B

Oklah kalau masuk bab ini, ramai yang dah boleh agak,sebab biasalah, kerja ajen Shaklee memang nak kasi tahu korang, pasal vitamin semua ini. Tapi takpa, kalau tak beli B Complex pun, cuba baca sikit pasal permakanan yang bagus untuk stress ini. Antara yang terbaik tentu sekali ialah pengambilan vitamin B. Hoo kenapa pulak vitamin B ? Satu petikan dari website livestrong.com ialah

B vitamins can help with stress by working with brain chemistry and balancing neurotransmitters, thus aiding us in achieving balance over stress.

Sumber Vitamin B

Banyak makanan yang membekalkan vitamin B kepada badan kita, antara yang terbaik dan mudah untuk didapati di pasar malam atau pasaraya macam tesco tu ialah
  1. beras merah
  2. kuning telur,
  3. ikan
  4. kacang
  5. gandum
  6. daging
  7. hati
  8. ginjal
  9. beras tumbuk
  10. rumput laut

Manfaat Vitamin B

Kalau nak cerita pasal manfaat , bolehlah refer terus dalam artikel sebelum ini, kiranya antara manfaat lain yang boleh didapati dalam vitamin B ialah
  • Menambahkan Tenaga
  • Meningkatkan Keupayaan Berfikit
  • Meningkatkan Konsentrasi
Jadi berdasarkan manfaat yang ada dan fungsi vitamin B, boleh lah disimpulkan di sini, bagaimana vitamin terbaik ini dapat membantu dari segi fizikal dan mental seseorang dalam menangani stress. Ianya bagus dalam membentuk otak yang sihat, dan seterus membuatkan kita boleh fokus dan kurangkan tekanan yang tidak penting.


sumber vitamin B, kredit kepada http://eatingmywaytobetterhealth.blogspot.com/

3. Apa Kata Pakar ?

Saya paling senang memang ingat sekali kata -kata Dato Dr Haji Mohamad Fadzilah Kamsah atau dikenali dengan nama glamernya DMFK. Saya selalu mendengar Sinar FM, kalau setiap hari Jumaat, memang dato selalu memberi nasihat dan teguran yang membina serta menjawab luahan hati setiap pendengar Sinar FM.

Tips Dari Facebook

Paling mudah nak ingat tips DMFK ialah pergi sahaja ke laman facebook beliau, atau pergi sahaja ke website DMFK. Mudah sahaja, dan ada 47 tips terbaik yang boleh kita ikuti, yang dibawah ini memang saya print terus, dan bagi korang semua ingat satu -satu, banyak sangatkan ?


Cerita Di Sinar FM

Hahhaa, dulu ada juga DMFK keluar kat sinarFM hari rabu, jadinya, memang kami masa itu drive pergi kerja, sambil itu dengar lah kata kata dato, sambil ditambah oleh abang jem yang memangnya kelakar, dan lawak, oklah sebenarnya simple je, ada 4, nak detail boleh baca sini
  1. Programkan OTAK
  2. Baca 3 KUL, ALFATIHAH sebelum keluar rumah
  3. Ambil SUPPLEMENT
  4. Rajin SENAMAN

Penutup

Oklah, yang ni je yang saya dapat fikir pasal cerita stress nih, Oklah, untuk pagi ini, buat anda yang bersemangat nak bekerja, jom kita layan video yang ada kat bawah ni, semoga memberi manfaat kepada sekeluarga, marilah kita bersarapan !!! Seronok itu pun, tips nak bagi kita kurangkan stress !!!








Comments

Popular Posts