Dyana Sofya Menang Populariti ?

Macam mana dia tak boleh menang ? tengok pada wajah, nama kaum, bangsa melayu yang berjuang atas tiker DAP, dan berani buat statement yang memecahkan kepala pemikir politik, dan ramai yang tuduh dia macam macam lagi, itulah, lepas tu jadi kegilaan ramai lelaki sekarang, yang menggatal katakan dia berbikini, itulah Dyana Sofya, hahaha, kalau compare dengan calon BN Teluk Intan, mana lagi power ? Aku tak pernah tengok pun news feed aku pasal Calon BN nih hahahah.


kredit: http://www.mstar.com.my/


Pelajar UITM Lupa Daratan ?

Hahaha, yang ni antara ramai yang kata dia ni lupa daratan, penat penat belajar UITM, lepas tu pergi bertanding atas tiket DAP, hooo itulah yang paling power sebenarnya, tapi aku rasa ramai je yang kerja kerajaan, belajar uitm, lagi lupa daratan selain dari Dyana nih, tapi sebab dia ni ramai sangat suka kat dia rasanya, lepas tu tak dapat nak couple kot, hahaha, tapi bagi aku, lagi ramai yang lupa daratan kat luar sana, termasuk aku sendiri kot, nasib baik aku dah kerja sendiri, so maknanya aku pun lupa daratan jugak ke ? So minta pendapat korang semua pasal lupa daratan nih 

Calon BN Mana ?

Hahhaa, oklah, mungkin siapa yang tengok tv3 , pasti akan tahu bagaimana Calon BN nih berupaya menang dalam zon Teluk Intan nih, dan kalau main isu perkauman, isu Hudud, nampaknya aku rasa Calon BN tentu akan menang dalam PRK kali ini. Tapi itulah, secara psikologinya, Dyana yang lebih dapat perhatian, sebab, asyik cerita dia je yang aku baca kat newsfeed aku, lagi lagi kalau buka facebook kelab Che Det, bukannya nak promote cerita calon BN, tapi asyik nak tanya wajah Dyana yang dikatakan derhakan kaum Melayu nih


timeline kelab che det

DAP Perguna Melayu ?

Hahhaa, tulah aku rasa memang sedih jugak, sebab memang DAP terang terang perguna Melayu, sebab DAP ni makin bijak, BN pulak makin tak bijak, itu strategi diorang, DAP pandai, lepas itu pula Mat Sabu dan geng PAS suka pulak dengan DAP, jadi kenapa tak belajar dari DAP, diorang sikit sikit cengkam tenaga melayua, sikit sikit dapat jajah Malaysia, tapi itulah, kata DAP ni anti melayu, anti islam, tapi dalam undang undang, kenapa pihak berkuasa tak boleh nak haramkan DAP ? Itu yang aku selalu fikir nih, kenapa DAP ni ada dalam kamus politik Malaysia kalau parti ni betul betul haram jadah ? Aku pun tak pandai politik, tapi masih tertanya tanya 


Dyana SOFYA Tolak HUDUD ?

Hahahha ramai marah kat Dyana nih, hahaha, katanya tolak Hudud dan sebagainya, satu perkara yang aku tak pelik ialah dia tak kisahlah nak tolak hudud, hahah, sebab dia sorang je pun, bukan ada kuasa nak laksanakan hudud apatah lagi nak tolak HUDUD nih. Ramai marah kat FB sebab dia tolak hudud dan macam-macam lagilah, hahahah, tapi bagi aku dia dah bagi signal kepada semua orang pas, orang umno dan orang atas pagar, yang sebenarnya orang yang berkuasa kat atas sekali pun tak boleh laksanakan HUDUD, hahahaha, jadi kalau dia tolak hudud aku tak heranlah sangat. 

dap tolak hudud

Model Playboy Pun Boleh Berubah Apatah Lagi Dyana Sofya

Yakin dengan DOA, Yakin dengan Allah, tapi itulah PAS tak berapa kuat lagi nak sebarkan dakyah HUDUD nih, lagi lagi ditambah dengan parti sebelah sana yang confirm jelas tolak hudud sebab ada kaum. Jadi, aku rasa, doa lah, mana tahu Dyana Sofya nih boleh berubah, model playboy macam Felixia Yeap pun boleh bertudung dan hampir nak terima Islam, jadi kita hok orang biasa nih, pun boleh, gunakan akal, bukan guna emosi, hooo, apapun, bagi aku , budak cun ni memang berani gila, lawan Cina atas tiket DAP, apapun, kalau dah menang tuh, silalah buat kerja. Ok, jangan nak tunjuk Cun je. Untuk yang duduk di BN, semoga korang terus kerja kuat untuk rakyat, lama dah pegang Malaysia, teruskan usaha murni korang !!!



Comments

Popular Posts