Duit Kertas Atau Emas ? Mana Lagi Berharga ?

Semalam saya rasa kecewa sedikit apabila tidak dapat menjual emas kepada Amsyiq, diorang kata kena tunggu dua minggu lagi. Jadi saya pun share juga link post tersebut di facebook, antara yang mendapat perhatian tentu sekali group EMAS yang betul betul hardcore dalam perniagaan emas. Banyak juga yang saya pelajari di situ, hooo, macam macam betul, dan setiap syarikat pengeluar emas ini memang ada masa kegemilangan dan masa tak berapa nak gemilang. Ianya membuatkan kita dalam dilema, harta apa yang patut kita simpan, sama ada dalam bentuk duit, emas, hartananah atau komoditi yang lain. Oklah jom .


duit kertas tak laku


Bila Kerajaan Gila Cetak Duit 

Hahaha, semua orang tahu, pasal cara nak buat duit dengan mudah. Senang je sebenarnya, ada kuasa besar yang ada kuasa ,boleh cetak duit sesuka hati, dan taburkan duit itu dalam masyarakat. Lama kelamaan, semuanya akan menjadi gila, dan harta orang ramai akan dirampas dengan cara yang paling halus dalam sejarah kemanusiaa, Tahu bagaimana mereka merampas duit anda ? Mudah sahaja, dengan menggunakan cukai dan faedah pinjaman. Video Mike Maloney antara yang paling bagus untuk ditonton, bagaimana wang kertas ada satu penipuan terbesar dalam sejarah peradaban manusia. 




Harga Emas yang Makin Menjunam

Pada tahun 2012, boleh dikatakan banyak syarikat emas naik mendadak, atas dasar kenaikan harga emas, pada masa itu semua orang berkata tentang harga emas dan perak. Jadinya, ada yang meramalkan emas akan naik mendadak pada tahun 2020, di mana satu gram emas boleh mencecah sehingga RM 500 per gram. Tapi hari tak selalu cerah, harga emas naik mendadak, dan terus menurun, dan menurun, ramai yang kecewa, dan masih ingat lagi, bila harga menurun, ramai yang rugi, dan kepercayaan terhadap emas menurun, dan harga emas sekarang masih lagi rendah berbanding pada tahun 2012. Semakin lama, emas tidak menjadi perhatian, dan boleh dikatakan, inilah masa yang sesuai perompak terbesar mengambil semua emas dengan harga yang begitu murah, sebab mereka pun tahu, EMAS yang paling bernilai, bukannya wang kertas.
Baca: Bila Amsyiq Tidak Mahu Membeli Emas Mereka 

Komoditi Lain

Sebenarnya selain emas, ada juga yang menyimpan atau melabur wang mereka dalam komoditi lain, seperti perak, tembaga, platinum dan minyak . Di sini, mereka tahu harga pasaran boleh dijual beli untuk mendapatkan untung yang besar. Ada juga cuba mencari alternatif lain selain emas yang kadang kala mudah dimanipulasi oleh kuasa kuasa ghaib yang mengawal ekonomi dunia. Jadi menyimpan perak, platinum atau benda lain yang berharga adalah satu langkah selamat .

Tak Sanggup Buat Pinjaman Perumahan

Ada juga yang membuat duit dengan menyimpan hartanah, tapi saya kata senang sahaja, harga rumah makin meningkat, dan bukan semua orang mampu untuk memiliki rumah. Tetapi bagi golongan hartanah, mereka pandai, dan berjaya membuat pinjaman untuk membeli hartananh, dan menyewakan kepada orang ramai. Sememangnya bidang hartanah agak sukar sedikit, duit bukan terus dapat, tetapi ternyata juga ramai yang membeli rumah sebagai pelaburan.
Baca: Harga Rumah Mahal Gila

Kesimpulan: Mana Satu Yang Berharga ?

Sebenarnya semua pilihan di atas tidak harga jika anda tiada ilmu yang mantap tentang duit, emas, komiditi dan hartanah. Jadi penentunya ialah ILMU anda tentang semua perkara di atas. Maknanya kalau beli hartanah , kena tahu macam mana nak sewakan. Beli emas, tahu mana emas yang betul dan mudah dicairkan. Jadi selamat menuntut ilmu , jangan membuta tuli ikut orang lain buat simpanan atau melabur.

Comments

Popular Posts