Boleh Tak Andik Menjulang Liga Super 2014 ?

Salam sejahtera semua. Nampaknya, Selangor sekarang tentu sekali boleh bergembira, dan sekarang ini boleh dikatakan sebagai pasukan pilihan menjuarai Liga Super 2014 . Tapi boleh dikatakan perjalanan masih jauh, sekadar bermain bertahan dan hanya menyumbat satu dua gol dalam perlawanan sebelum ini . Apapun, Andik Vermanysah boleh dikatakan sekarang pemain penting Selangor, selain Paolo Rangel yang sibuk dan teruja nak main JDT katanya.


liga super 2014


Andik Jarang Di Turunkan Pada Awal Musim

Aku masih ingat lagi, yang Andik hanya turun dalam masa masa yang lewat permainan sahaja, dan jarang sekali bermain, kerana masa itu, Mehmet Durakovic lebih mempercayai kelibat junior, dan aku ingat lagi, andik hanya digunakan dalam masa-masa terakhir perlawanan. Ada yang berkata Andik takkan dapat bermain, tapi sebenarnya itulah cabaran buat pemain dari seberang ini.

Pertukaran Taktik

Hahaha, nampaknya, setelah kalah dengan JDT dengan jaringan 4-1, aku nampak, Mehmet menuakr strategi, mahukan serangan lebih pantas, dan suka pula kepada teknik counter attack macam pak Mourinho. Nampaknya kali ini, Andik Vermansyah menjadi nadi utama untuk projek kali ini, dibantu pula dua midfield yang rajin naik ke atas dan turun, Veenod dan Kunalan. Jadinya, taktikal menyerang balas menjadi, apabila Andik memang menjadi duri dalam daging, bermain pantas, dan menyerang dengan bijak. Sebelum ini, Andik berjaya membantu Selangor menewaskan Kelantan di gelanggang keramat Merah Kuning. Sejak itu, Andik sering diturunkan, dan ramai terpikat dengan skil dan kepantasan Andik ketika bermain di atas padang.


Andik Menunjukkan Taringnya

Perlawan menentang Pahang di Darul Makmur menunjukkan Andik adalah pemain bernilai setakat ini. Jaringan dan gerakan dari Andik, bermain satu dua dengan Paolo Rangel menunjukkan Andik memang patut diberikan perhatian, dan mampu menarik ramai lagi peminat bola sepak Selangor untuk turun ke Stadium. Jaringan Andik berjaya membawa Selangor memintas Pahang. Apapun kedudukan ini tak kekal lama, jika Selangor gagal bermain dalam satu pasukan. 




Apapun, selain dari Rangel dan Andik, lepas ini ada lagi key player Selangor yang sangat penting, dia ini memang sempoi, selalu menjadi nombor 2, tapi tahun ini rezekinya bersama Selangor akan tercapai. oklah, nanti kita bincang kelibat mamat ini next entry esok !!!!

Comments

Popular Posts