Nazmi Faiz Buat Zainal Gigit Jari ?

Nazmi Faiz Akan Julang LIGA SUPER !!!


Rumors dulu dulu memang dah kata Selangor akan memancing bakat besar yang takda SPM ini, iaitu Nazmi Faiz Mansor, adui, nama dah macam nama aku, jadi tentu lagi power, sebab bak kata kak miah, otak aku TING TONG sikit, ye memang pun. Jadi Nazmi Faiz pun boleh lah aku label sebagai tingtong sikit. Hooo tapi dia sememangnya budak berbakat besar yang kalau salah penjagaannya, jadi silap besarlah jawabnya kepada kemajuan bola sepak negara yang dalam kegelapan yang hampir nak menyinar
nazmi,selangor,ikat,kontrak,bola,sepak,sukan,


Boleh ke Selangor Juarai Liga SUPER ?

Hahaha, aku ingat lagi macam mana ramalan Rizal Hashim yang cuba nak jadi hero, mengatakan Selangor yang akan menjuarai Liga  Super tahun ini. Tapi nampaknya ramalan dia tepat, walaupun masa itu JDT lebih berkuasa dan membuatkan semua penganalisa, termasuklah OKS memilih JDT  untuk menjuarai liga. Tapi perjalanan masih jauh, dan semua pasukan ada peluang untuk  jadi juara, walaupun sekarang ini, Pahang berada di puncak liga. Jadi , kehadiran Nazmi Faiz ialah suatu tonik yang sepatutnya di pancing Selangor sejak dulu lagi.


Power Sangat Ke Nazmi Faiz ?

Hahhaa, kat sini, terpulang kepada individu yang menilai Nazmi Faiz sekarang. Tidak boleh dinafikan, Nazmi antara pemain tengah terbaik yang ada dalam negara, walaupun terpaksa bersaing dengan pemain yang lagi power macam Safiq, Piya, dan ramai lagi. Boleh dikatakan Nazmi menyinar dan menjadi peminat ramai awek di luar sana , selepas membuat penampilan sulung bersama Malaysia sejak sukan sea 2011. Pengalaman Nazmi bersama FC Beira Mar, dan juga penampilan bersama PKNS FC membuatkan Nazmi dah tahu selok belok bola sepak Malaysia yang makin kucar kacir sejak penyokong bergaduh sesama sendiri.




Selamat Maju Jaya Nazmi Faiz

Tapi aku macam biasa yakin boleh rakan muda, Nazmi Faiz akan cemerlang bersama Selangor, kerana Mehmet setakat ini adalah jurulatih terbaik dalam keadaan Selangor yang kurang duit dan hanya dibarisi pemain yang bukanlah tahap superstar macam pasukan lain yang dah lama dibentuk. Selangor walaupun dibarisi pemain baru yang banyak, nyata aku yakin dengan Mehmet akan meletakkan Nazmi ditempat yang sesuai, sebba Nazmi antara pemain yang suka membuat hantaran leret yang berbahaya, lagi lagi kalau ada larian deras oleh Andik Vermansyah. Nampaknya serangan balas Selangor akan lebih berbahaya lagi jika adanya Nazmi Faiz !!!!













Comments

  1. Pahang ada Dickson,kereta kebal tuer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pekena orang best tu,kena tengok episod balas dendam

      Delete

Post a Comment

Popular Posts