KONSPIRASI MH370 : Ke mana Arah Tuju Kita ?

Setelah Pak Menteri Najib mengumumkan MH370 berakhir di lautan hindi, semuanya terus menjadi hitam, berkabung berapa haritu pun tak tahu, sampai ada yang sedih dan terus bersedih, dan tak juga terus berkonspirasi mengikuti perkembangan pencarian MH370. Nampaknya Malaysia terus lagi mencari serpihan yang ada di lautan tersebut, hoo nampaknya itu sahaja yang boleh diusahakan, dan sekarang ini, tiada lagi bukti baru yang betul betul membantu untuk mencari MH370.  Jadi selepas MH370, korang tahu apa arah tuju korang ?  Hooo macam macam cerita juga yang berlaku masa MH370 





Terus Mengikuti Berita MH370

Sesiapa yang rajin dan nak belajar tentang teknologi terkini, teruskan membaca update terbaru tentang pencarian MH370. Nampaknya aku agak ketinggalan sedikit teknologi ini. Tadi bila nak tulis entry ni, rupanya macam macam berita tentang pencarian kotak hitam MH370. Sekali lagi ianya memberikan kita ilmu baru tentang fizik, konsep ultrasound dan macam macam lagi. Jadi teruskan belajar dan belajar, lagi juga isu tentang enjin rolls royce, dan juga dengar penerangan pensyarah UPM yang cun di sini. Sesiapa yang masih mencari MH370 tu, aku ucapkan tahniah, sebab korang dah bertungkus lumus untuk mencari , walaupun peluang tipis dan sedikit.

Konspirasi ISRAEL , AMERIKA ?

Nak percaya atau tak nak itu pilihan masing masing, nampaknya, benda belum boleh dipercayai, dan memang dirasakan oleh aku sendiri, memang ada sesuatu yang tak boleh diketahui oleh kita rakyat umum ini. Hooo, kalau blogger lain copy paste sahaja keterangan dan ramalan yang ada dalam dunia maya ini. Tanpa ada sebarang ulasan, ianya cukup berbahaya. Hooo, tapi sampai bila kita nak takut dengan KONSPIRASI kalau kita tiada ILMU untuk berlindung ? Hooo jadi jaga jaga, kalau mereka nak datang kepada kita di Malaysia ini, mantapkan ILMU masing masing !!!

Parti LIAR BATAL ?

Hahah, yang ni sebab aku selalu sangat ikut facebook saifulnang, rupanya macam macam aktiviti berlaku. Masa pencarian MH370, tak sangka pula anak anak muda melayu yang mati sebab dadah di dalam satu festival muzik di Bukit Jalil Kuala Lumpur. Masa ini ramai yang takut, sebab tahun ini tahun melawat Malaysia, rupanya banyak aktiviti macam ini di jalankan. hooo gilelah. Tapi bila buat je batal batal batal, sebab kuasa facebook rakyat Malaysia memang sungguh kuat, memang tabik spring !!!


Kelas BLOG untuk AKHIRAT ?

Aku tak tahulah sejak MH370, aku rasa nak usaha lagi, nak share lagi, aku rasa hidup tak lama, berapa kerat je amalan ni, tapi aku tahu, penulisan blog yang baik, boleh bagi semangat dan motivasi kepada orang. Aku rasa nak usaha keras untuk ini. Benda yang aku buat, nak buat betul betul, memang terasa seperti Steve JOB, Ingat MATI itu MOTIVASI, jadi bila ada masa ini, nak buat betul betul, walaupun ada je yang tak suka . Alhamdulillah, tak sangka dapat handle 2 kelas blog bulan lepas dan selepas ini ialah kelas GILA GILA BLOG. Hooo, nampaknya tujuan nak menulis ini makin kuat, nak teruskan lagi menulis.



Terus Berniaga dan Berhibur ?

Itulah kerja kami sekarang, berniaga dengan Shaklee, dan teruskan jalan, takda masa untuk bersedih, dan sekarang adalah masa untuk maju dan terus maju, belajar dari kesilapan lalu dan buat yang terbaik untuk masa yang singkat yang Allah pinjamkan untuk kita. Buat anak anak cucu cicit, atau sesiapa sahaja yang diluarsana, buatlah apa yang terbaik untuk korang, berikan sumbangan untuk mereka yang memerlukan, tentu ada manfaatnya.


Salam Jumaat
Faiz Saaid




Comments

Popular Posts