Keroncong Jogjakarta Satu Nikmat Dunia

Aku rasa suatu nikmat bila dapat bermain lagu keroncong dengan baik, mengikut budaya dan keaslian pemuzik keroncong itu. Aku sampai di jogjakarta ingin juga menyelami seni muzik di sini. Tapi rasanya aku cuma nak tengok juga apa yang terbaik di sini.

Tapi malam pertama di sini, tak sia sia makan di kedai mee yang sedap di jogja. Hooo tengok satu kumpulan pemuzik keroncong yang hebat, memang serupa dengar dalam radio, dan mereka bermain dengan selamba, suara keaslian yang merdu,  dan paling tak boleh belah ialah gitaris nya itu memang mukanya dah tua, tapi gayanya bermain penuh dengan pengalaman . Paling sedap sekali ialah cara mereka miking alat alat muzik mereka dan keluar pada satu amplifier, memang terbaik dan ianya seperti mendengar dari radio.

Keesokannya aku terus membuka gitar, cuba bermain lagu, dan tidak sangka, idea mencipta lagu keroncong menjadi, terjadilah lagu keroncong Rumah Mesra Ceria. Nasib baik big deddy MKB memberi idea sedikit, dan sepanjanh perjalanan dalam bas, akhirnya satu lagu tercipta dari kecintaan nikmat dunia keroncong. Memang rasa puas hati. Esoknya terus rekod dan bikin vlog lagu ini. Puas hati, dedy very supportive untuk rekod lagu kami. Hehhe nantikan

Apapun keroncong ini satu lambang perjuangan, iramanya lembut dan syahdu, satu perjuangan dan kemanisan hidup bagi mereka yang berusaha keras mencari makna kehidupan. Alhamdulillah,  lepas ini mungkin lagu jawa pula tercipta.

Comments

Popular Posts