Keretapi Jogja ke Jakarta Sambil Main Gitar

Kerja gila, sempat lagi merakam aksi bermain gitar, walaupun penat dalam keretapi dari Jogjakarta ke Jakarta, perjalanan jauh memakan masa 7 jam lebih. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Tak pernah aku naik keretapi sampai 7 Jam lebih. Tapi kat situ baru tahu, keretapi jogja ke jakarta adalah suatu perjalanan yang menyeronokan, sambil berhenti dan melihat sendiri keindahan tanah Jawa ini. hooo memang terbaik





Cover Mentera Semerah Padi Dalam Keretapi

hhahaha memang mengarut, tapi Dedi dan Mami best, diorang layan je, suara yang tak sampai, adui, gua kena berlatih nyanyi, nak mengamen macam mana suara tak sampai. Tapi, selamba jelah, hahaha, gua nya suara makin teruk ni, tapi keyakinan tahap orang gila, suatu benda yang tak pernah dibuat, akhirnya berjaya juga, buat, apapun, layan jelah, view dalam keretapi memang best, sambil menyanyikan mentera semerah padi, ada sawah padi, itulah bagusnya !!!



Perjalanan Yang Penuh Motivasi

Alhamdulilah, sepanjang perjalanan dalam keretapi, banyak yang dipelajari tanpa sedar atau tidak. Paling best tentu sekali mendapat tips yang berguna dari Abang Penjejak Bayang bercerita tentang buku Laskar Pelangi dan sambungannya. Hooo lagi juga tips business Shaklee. Memang feel, sambil menikmati pandangan dari keretapi, berkenalan dengan cewek dapur, dan macam macam lagi melihat gelagat di sana. Memang bikin panas, mahu ke sana lagi.





Comments

Popular Posts