Kenapa Gua Join Group Honda Civic ?

Hahahha, ini soalan semua orang boleh jawab, sebab best, macam shaklee, jadi member, samalah jugak kalau kita join group. Tadi pun gua dah daftar baik punya. Memang perfect dapat sticker free, dan nanti akan dapat baju. Oklah, yang penting sekali bukan tuh, tapi ada lagi benda paling best pasal join kelab macam Civic FB Malaysia ni.





Bincang Masalah Kereta

Hhahaha yang ni paling penting sekali, kena bincang banyak orang, baru tahu apa yang patut kita tahu, kalau tak sampai bila macam tu jelah, tak pernah dengar pendapat orang lain, dengar cakap mekanik honda je, hooo, best bila ramai bagi pendapat masing masing

Macam Macam Aktiviti

Hooo diorang pun macam biasa ada macam macam aktiviti selain dari TTS nih. Oklah, katanya setiap Jumaat ada main badminton kat sport planet. Pergh memang rajin, gua pun tak selalu nak keluar malam sebenarnya 

Barang MURAH Barang BAIK !!!

Yang ni penting sekali, nak survey mana servis best dan sebagainya. Kalau ada kelab, barulah kita tahu. Oklah yang ni paling penting sekali. Hooo. tadi tengok member punya kereta semua dah pasang body kit, siap pasang navigator dan macam macam lagi. gua nye je yang masih dara, tak buat apa-apa lagi.


Comments

Post a Comment

Popular Posts