Pahang Lawan JDT Kecoh ?

Dalam banyak banyak perlawanan, pahang lawan jdt juga yang kecoh, sampai kata ada yang mati, kena belasah, sampai ramai yang kecoh dengan istilah IJF, yang dikaitkan dengan Hooligans, yang dilabel teruk sebagai Samseng Bola Sepak. Oklah aku pun tak reti nak ulas banyak pasal benda ni, ada yang kata baik dan kata yang buruk.


penyokong merusuh

INSIDEN TEROWONG ? 

Insiden terowong ni betul betul membuka minda masyarakat Malaysia tentang masalah bola sepak Malaysia. Pergaduhan yang tiba tiba berlaku dalam separuh masa, membuat T-Team menarik diri dari perlawanan menentang JDT. Memang bengang pasukan JDT, baru nak main bola, tetiba T- Team tarik diri atas faktor keselamatan. Hoo memang menjadi kecoh dengan beberapa tuduhan yang berlaku terhadap kedua dua belah pasukan. Tapi yang pasti adik ipar aku begitu kecewa baru tahu perlawanan ditangguhkan .

JDT BERNASIB BAIK ?

Memang jdt bernasib baik, dulu masa lawan pahang, tahun lepas jdt pun kiranya tarik diri sebab katanya dah tak selamat, penonton terlampau penuh, dan keadaan tak selamat. Selepas tu pulak penyokong JDT pulak terus masuk ke padang sebab kena serang dengan penyokong pahang. So memang jdt bernasib baik juga berbanding t-team yang tak dapat perlawanan ulangan.

KEMERIAHAN BERTERUSAN

Walaupun media terus melaporkan perkara perkara yang tidak sihat, tapi ini menyebabkan penonton Malaysia terus matang, dengan beberapa pendapat di Internet yang sedikit sebanyak pengetahuan , dan mematangkan lagi penyokong bola sepak Malaysia. Peminat akan melalui fasa perubahan untuk terus maju.

Comments

Popular Posts