Catuan Air ESOK ?

Tetiba gua nak buat berita politik yang tetiba membuka mata kita semua ni. Esok betul ke MB Selangor nak suruh bekalan air Selangor di catu ? Tetiba aku rasa macam tak sedap hati pun ada, walaupun aku satu bekalan air pun tak sediakan lagi, tapi aku sibuk bermain facebook dan menulis blog merapu aku ni.


catuan air selangor

Masalah Air Di Selangor

Masalah air kat Selangor ni dah jadi satu bahan untuk dipolitikan dan menjadi tiket kepada politikus nak raih kuasa dan undi di Selangor. Tapi bagi aku politikus dan para media tentu sekali mengambil peluang untuk mengaut keuntungan dari cerita air ni. Jadi esok adalah kemuncak kepada semua masalah air, Selangor terpaksa catu air, dan paling hebat, belum ada jadual catuan air dan kawasan yang terjejas setakat ini. Hoo pening kepala, sebab katanya akan berlaku catuan 2 hari dan selang 2 hari sehingga masalah air selesai. Hooo apakah yang teruk sangat ni, apa sebenarnya yang berlaku ? Ada tangan dalam yang mahu merosakkan negeri Selangor ?

Hujan tak Turun ?

Hujan tak turun , hampir sebulan ni, satu perkara yang ajaib sekarang di Shah Alam dan Selangor. Dulu negara sibuk di landa banjir, terlampau banyak air, sekarang negara di landa kemarau pula. Bila kait mengait dengan semua rancangan kuasa dan hiburan di negara, memang ada kaitannya. Tentu sekali Allah menguji kita semua, mencuci dosa kita , menghukum kita kerana tidak bersatu. Pemanasan global itu cumalah satu teori ciptaan pasukan dajal yang sebenarnya cuba nak menghalang nilai sebenar sesebuah amalan yang baik. 

Esok nak Lari Mana ?

Esok mungkin berlari lari ke tempat yang ada air, bolehlah berendam, cuaca panas, dan bolehlah juga jumpa anak anak Shaklee kami. Akhirkata entry khas untuk bacaan senja, air oh air, nampak sangat orang tak kena mengena menjadi mangsa. Sebelum ni dulu, pernah satu ketika Shah Alam takda air, katanya nak guna air penuhkan tasik Putrajaya, betulke teori tuh ? Hoooo, sabar jelah.

Comments

Popular Posts