Cara Promosi Produk Kawan Anda




Bagaimana cara nak promosi produk dengan berkesan ? Adakah anda tahu cara terbaik nak promote produk kawan anda ? Ada satu cerita menarik yang boleh dikongsikan dalam cerita di bawah jemput baca, dipetik dari whatsapp family saya

"Shampoo, Sabun dan Ubat Gigi Baba"

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produkyang dipakai pelajar tersebut.

"Sabun mana yang anda gunakan selama ini?"

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, "Sabun Baba."

"Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?"

" Deodorant Baba," jawab pelajar itu.

"Minyak wangi?"

"Minyak Wangi Baba."

"Shampoo?"

"Shampoo Baba."

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, "Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat."

Pelajar itu menjawab, "Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya." 


Comments

Post a Comment

Popular Posts