Rahsia Kejayaan Pusat Tuisyen Hakim

Salam sejahtera kepada pembaca pembaca blog saya, walaupun ada masalah teknikal bila domain faizsaaid.com tak dapat digunakan. Semalam saya sempat singgah ke Pusat Tusyen Hakim , dan berjumpa dengan ownernya , senang cerita panggil En Ziq, seorang pensyarah di UITM, dan sedang menjalankan PhD di sana. Saya sempatlah jugak tengok dan ambil gambar dan tengok kawasan sekeliling. Niat di hati sebenarnya nak minum kejap, tapi apa kan daya, kedai makan di bawah pusat tusyen iaitu kedai Nasi Ayam Pak Mal tutup pula. Semalam berjumpa dengan En Ziq, kami sebenarnya sedang brainstorm untuk buat satu kelas pendedahan tentang pentingnya blog di zaman sekarang dan mendatang. Jadi, saya pun dijemput masuk ke rumahnya, dan berborak -borak brainstorming, dengan isterinya Noraini yang juga cucu Shaklee saya. Balik dari rumah En Ziq, saya terpanggil untuk menulis teori rahsia ini. Ianya berkisar juga tentang apa yang diceritakan oleh En Ziq yang banyak berkongsi ilmunya semalam pasal marketing. 


kejayaan pusat tuisyen

LOKASI STRATEGIK

Saya pun tak boleh nak mengertikan apa itu lokasi yang baik, kerana ianya banyak maksud dan bergantung juga kepada ibu bapa yang hendak menghantar anak mereka ke pusat tuisyen. Tapi bila tengok balik, memang terbaik sebab betul betul di atas restoran Pak Mal seksyen 10, dan dekat sini, memang satu-satunya kawasan kedai area seksyen 10 Shah Alam. Paling menarik juga, dekat sini memang ada kedai Hartini dan kedai Azira, restoran yang memang ramai pengunjung, jadi satu trafik yang bagus untuk pusat tuisyen ini. Paling ultimate sekali bila tahu, rumah En Ziq sebenarnya memang dekat dengan pusat tuisyen ini, jalan kaki je, dah sampai, hoo, tengok bagus owner cari lokasi yang dekat dengan rumah, kalau anak ada problem, bolehlah jenguk kejap, dan anak-anak pun tak terabai. Memang best bila tempat kerja kita tak jauh dari rumah kita, tapi disiplin tu kena tinggi, tak pasal-pasal kalau malas, terus balik rumah tidur, kelas tuisyen tak habis lagi, hahaha.

DIVERSIFY PENDAPATAN

Ada banyak pendapat tentang diversify pendapatan ini. Apa yang saya nampak dari pengamatan saya, ramai tauke business kaya di luar sana memang diversify pendapatan mereka. Ada yang bermula dari hartanah, sewa kereta, buka kedai dan sebagainya. Kebanyakan Internet Marketer pun banyak diversify produk mereka, tapi masih dalam context Internet dan Online business. Ada pulak yang suka kepada fokus, seperti Robert Kiyosaki, yang kadang kala tak suka Warren Buffet punya style kekayaan. Robert pula suka kita fokus dan fokus sampai benda itu berjaya, dan akhirnya lantik seorang profesional untuk menguruskan business itu. En Ziq kata banyak juga business yang dia buat, macam -macam, hooo, so dia memang tahu nak uruskan business. Katanya sejak dia berhenti sekolah, dia memang mula bekerja dan berdikari, tak seperti budak budak yang lain. Jadi nasihatnya pun sama, cuba diversify pendapatan kita !!!

UNLIMITED SUCCESS

Apa maksud perkataan di atas, kiranya pertama kali saya dengar istilah di atas. Bila diterangkan dengan mudah, sebenarnya ianya lebih kepada satu target kejayaan yang kekal sampai bila-bila. Bagi orang Islam, kejayaan paling Ultimate, dan paling kekal ialah Masuk SYURGA di Akhirat . Itulah sebenarnya kejayaan sebenar dalam Islam.Bila sebut pasal Unlimited Success dan Pahala bagi segala kebaikan, barulah saya faham sedikit. Bayangkan kita bersama-sama membantu kawan kita berjaya, dan akhirnya dia betul-betul menjadi seorang yang disegani di mata dunia. Di situ kita lihat, bagaimana pahala kita bertambah sebab tolong kawan kita ini tadi. Tapi malangnya, kebanyakan kita berfikiran TERHAD, sebab hanya fikir duit yang dia dapat, royalti, komisyen dan sebagainya, sebab itu kejayaan mereka TERHAD kepada duit dan kekayaan sahaja. Jadi katanya kalau nak kita berjaya dan faham konsep pahala itu, insyaallah kita akan jadi seorang yang baik dan cemerlang di dunia dan akhirat. Bak kata En Ziq, duit kat dunia tak laku di akhirat, yang betul betul laku ialah PAHALA yang kita dapat di dunia ini.

KORBANKAN ISMAILMU

Pernah dengar tak pasal ungkapan ini ? Semua orang tahu pasal benda ini, bila mana Nabi Ibrahim A. S. diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail A.S. Nabi Ibrahim ketika itu bertanya kepada Ismail, sanggupkah kau, tapi dengan rileknya Ismail berkata, ini perintah  Allah, lakukanlah. Bermulah dari situ Umat Islam diminta untuk melakukan Ibadat Korban. Kami sempat berbincang pasal istilah dan kata kata, setiap nama , dan setiap perkataan itu ada maksudnya. Katanya bila dia baca majalah SOLUSI, dia tertarik dengan ungkapan "Korbankan Ismailmu" . Kalau kita faham secara fizikal, itu hanya nak korbankan anak, tapi bila kita betul betul faham, Allah nak suruh kita korbankan benda yang paling kita sayang dalam dunia ini. Nak berjaya, bukanlah suatu perkara yang mudah. Semua orang dalam dunia ni, yang berjaya, sanggup korbankan harta mereka yang paling mereka sayang, masa, keluarga, dan paling gila korbankan waktu tidur, semata mata nak menuntut ilmu dan bekerja siang malam. Bila saya dengar ungkapan ini, sampai sekarang saya faham apa maksud dan pengajaran kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail itu, ianya bukanlah sekadar ibadah Korban, ungkapan itu membawa seribu satu makna yang perlu kita hayati dan amalkan. 

KELAS PENDEDAHAN BLOG

Begitulah apa yang saya dapat dari perbincangan dengan En Ziq, owner pusat tuisyen hakim . Oklah dari kata-kata semasa perbincangan itu, saya rasa itu adalah beberapa faktor kejayaan pusat tuisyen ini. Mungkin banyak lagi faktor lain yang membantu. Makanya, selepas berbincang dengan En Ziq dan Nor, kami pun setuju nak adakan kelas Pendedahan Blog pada 12/1/2014, minggu depan je. Oleh itu, di jemput hadir bagi yang berminat dengan kelas ini. Kami target golongan muda, dan yang belum ada blog, dan memang tak reti langsung nak setup blog. Memang kelas basic sahaja. 

Comments

Popular Posts