Kelas Basic Shaklee Rumah Mesra Ceria

Pada tarikh 14/1/2014, geng Rumah Mesra Ceria telah menganjurkan kelas Basic Shaklee yang dihadiri oleh beberapa geng RMC yang macho lagi bergaya. Nampaknya, tuan tanah kita, En Ziq dan Nur sudi untuk menyewakan Pusat Tuisyen Hakim sebagai tempat untuk kelas basic Shaklee . Sementara ramai yang sedang berarak untuk memuji Rasulullah, kami pula cuba menghidupkan sunnah Rasulullah yang galakan orang islam berniaga. Jadi mengambil langkah keluar dari comfort zone, kami pun buat kelas business, memang penat , tetapi berbaloi baloi !!! 

Kelas Basic Shaklee Rumah Mesra Ceria !!!

Motivasi Tuan Hakim

Mulakan kelas hari ini ialah dengan ucapan motivasi dari tuan Hakim yang sudi menyewakan tempat tuisyen untuk kami. Bak kata Tauke besar ni, kalau nak berjaya, mesti buat extra dari orang biasa. Nampaknya suasana terus hangat dan lebih bersemangat untuk menjadikan kelas lebih produktif dan lebih mesra ceria. yehaaa !!!!

En Ziq Hakim, Tuan Tanah 

Sesi Brain Storming

Sesi brain storming untuk para para hadirin yang menyertai kelas basic Shaklee. Tugasan diberikan kepada 4 tajuk , dan 4 kumpulan telah ditubuhkan bagi menjayakan aktiviti ini, semua orang diberi tajuk, tajuk pertama cara menjual, lepastu cadangan vitamin, follow up, dan last sekali mengira target. hoo, nasib baik kedai buka, sempatlah membeli kertas mahjong yang bernilai 70 sen, lebih mahal sedikit dari kangkung rasanya !!!


Mak Cuba buat lawak Ular Tedung Jep Sepahtu

Presentation

Lepas dah siap tuh, tibalah masanya yang ditunggu, iaitu masa untuk presentation. Best, masa sesi ni, kita bebas nak cakap apa, lepas tuh, setiap tajuk yang dibincangkan, ada banyak input dari setiap peserta kelas, jadi, macam-macam idea dan pengalaman yang dikongsi bersama-sama. Kat sini, semuanya ambil bahagian dan seronok sebab semua aktif walaupun adakalahnya tuh sibu melayan anak anak. Masa tajuk kedua, tiba tiba jeng jong jeng, Lyna Noh dan Zainul Anuar datang , lepas tu habis askar three musketeers menyerang babah, pun habis kena buli, adui !!!


Cara Menjual ol

Cadangan Vitamin oleh Nor Azila

Follow Up Customer oleh Pakalang

Target oleh Ummi Nasir

Upacara Pemberian Hadiah

Sempena bulan khas dan bulan sejarah babah, nampaknya penerima dirham dua keping datang juga, iaitu Datin Seri Aishah dengan bangganya menerima darjah kebesaran dari Lyna Noh sendiri yang sanggup mencemar duli bagi menyampaikan pingat 2 keping kepada leader yang efektif bulan lepas. Nampaknya lepas ni ramai lagi akan menerima darjah darjah kebesaran dari Sultan Babah !!!

Darin Seri Aishah menerima 2 pingat kebesaran dari Lyna NOH

Ucapan 4 Master Coordinator


Acara paling ditunggu -tunggu ialah ucapan khas dan perkongsian oleh 4 master coordinator, Lyna Noh, Zainul Anuar, MKB dan Mommy Hadhatina. Hoo, mommy hadha dan mkb, pun gerak dari johor, terus singgah kelas basic RMC, hoo, sungguh berbaloi baloi warga RMC menyerap aura mereka, dan bukan senang nak kumpulkan anak beranak master ni dalam satu sesi, diorang ni dah ada group besor, dan aktiviti sendiri. Jadi warga RMC memang bertuah dapat berjumpa 4 master dalam satu sesi kelas kecil begini. Hooo. YES !!!!  Tak lupa juga 3 point penting pasal group RMC oleh Mommy Hadhatina , hoo, sebenarnya babah terlepas dari ucapan tu sebab melayan Askar Askar, tapi nasib baik Nor dapat rekod ucapan khas mommy tuh, huhuhu

Lyna Noh

Zainul Anuar

Deddy MKB
Mommy Hadhatina

Kelas Seterusnya

Insyaallah kami akan ke BRUNEI , melawat cucu cicit RMC di sana, wah sungguh seronok nak berjumpa dan berkongsi idea dan tips untuk anak anak RMC. lepas ni kita leboh ROCK MESRA dan CERIA hoooo YES !!! harap ramai yang akan dapat pingat kebesaran lepas ni !!!



Comments

Popular Posts