Dendam 94 Pahang vs Lions 12

Harini hari yang ditunggu tunggu oleh para peminat bola sepak tanah air kita. Sejak sekian lama merindukan aksi final 2013, nampaknya sepak mula untuk pembukaan tirai 2014 akan bermula. Perlawanan merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara Pahang dan Lions12 bakal berlangsung di Stadium Kuantan, Pahang Darul Makmur.  Pertemua merebut piala kali ini akan mengingatkan kembali memori tahun 94 di mana Pahang kalah kepada Singapura dengan jaringan yang amat memalukan . Oklah jom kita tengok perjalanan misi Dendam 94 ni.

MSL 2014 


Memori Hitam 94

Boleh dikatakan, Pahang tidak boleh menerima kekalahan yang sebegitu rupa, kalah dengan jaringan yang besar amatlah memalukan. Jaringan 4-0 adalah suatu yang tidak masuk akal. Pada tarikh tu ialah 17 Disember 1994, hari jadi aku , memang aku ingat lagi masa itu Singapura menjuarai Piala Malaysia buat kali terakhir , dan mereka pun keluar dari beraksi dalam kancah bola sepak Malaya. Nampaknya, Pahang tentu ada misi teraendiri kenapa mereka perlu menang dalam perlawanan malam ini. Mungkin ceritanya berbeza, tapi Dendam 94 , ingin juga dibalas oleh Alex dan rakan rakan.


Mampukah Dickson Merempuh Pertahanan  Lions 12 ?

Musim 2014 adalah musim yang berbeza bagi Pahang. Setelah menjuari Piala Malaysia dengan mengulangi musim cemerlang 1992, Pahang tentunya akan dilabel sebagai pasukan elit yang perlu diberi perhatian, walaupun ramai meramalkan JDT1 akan membolot bangak piala musim ini. Paling menarik tentu sekali kelibat Dickson Nwakame yang berpindah ke bumi Tok Gajah , setelah kontraknya di Kelantan ditamatkan, gara gara permintaan Awang Hitam itu yang meminta gaji yang tinggi dari pengurusan The Red Warriors. Prestasi Dickson di Kelantan amat cemerlang, walaupun masuk pada pertengahan musim, Dickaon ibarat kereta kebal yang perlu di jaga oleh setiap pertahanan lawan.Pahang juga tentu mengharapkan Alex dan Mathias Conti untuk beraksi cemerlang bagi merebut Piala pertama awal 2014 ini.

Lions12 yang TEMPANG ?

Ketiadaan tunggak utama seperti Shahril Ishak dan Baihaqi Kaizan yang berpindah ke  JDT membuatkan Lions 12 agak tempang sedikit.  Jurulatih mereka pula V Sundramoorthy pula berhijrah ke Negeri Sembilan bagi musim baru ini. Boleh dikatakan dua player penting Lions boleh merencatkan prestasi Lions 12 musim ini. Apapun, barisan muda lions tentu sekali ingin mengekalkan statua mereka sebagai pasukan yang harus di beri penghormatan sebagai juara bertahan Liga Super.


Melenyapkan MEMORI BANJIR ?

Bagi rakyat Pahang, tentu sekali kemenangan adalh yang terbaik buat mereka yang masih bergelut dengan masalah banjir. Hadiah Piala awal musim sebagai penyuntik semangat penyokong Tok Gajah untuk meramaikan lagi penyokong untuk bersama- sama Abg Jalal dalam meneruskan lagi detik gemilang Pahang pada tahun lepas.

Bawa Lagi Piala Menyeberang TAMBAK JOHOR

Skuad lions pula tentu sekali ingin membawa satu lagi Piala keluar dari bumi Malaysia, dan mereka berharap semua pemain akan memberikan komitmen yang terbaik bagi mengharungi cabaran Liga Super musim ini. Malam ni jangan lupa, siapa yang dapat datang Stadium bolehlah ke sana . Yang tengok tv, ada live di Astro. Sekian sahaja. Jom kita meriahkan bola sepak tempatan !!!!




Comments

Popular Posts