Bila Kerusi Menjadi Lawak Jenaka

BERITA TERSEPIT AWAL TAHUN 2014
Kalau tak suka kerusi..keluar dr sekolah.
-Hasan Malek-

Kita akan tangkap pengeluar kerusi.
-Zahid Hamidi-

Kita akan bg amaran kepada pengeluar kerusi supaya jgn sangkutkan kepala budak lg..
- hishamuddin-

Kita akan berdemo depan kilang kerusi sampai kerusi dah tak boleh sangkut kepala lagi.
-Mat Sabu-

Kerusi? Kerusi apa? Fitnah semua ni. Ohh kerusi tu. Kita saman!
Anwar Ibrahim

Kerajaan akan beri Bantuan Kerusi 1Malaysia kepada rakyat supaya nanti kepala tak sakit kalau tersangkut.
-Najib Razak-

Kita perlu melihat sangkut kepala di kerusi ni bidaah. Zaman salafusoleh dulu duduk atas tikar. Kalau kita tak buat benda takde zaman Nabi mesti kepala tak sangkut.
-Dr Asri-

Kepala sangkut di kerusi ke? Ooo. Boleh ye. (Termenung kejap muka tak pasti).
-Abdullah Badawi-

Sampai bila kita nak tengok anak melayu terus tersepit di celah kerusi buatan kaum cina yg rasis ni.
- Ibrahim Ali -

Memandang kerusi dengan pandangan hampa. entah kenapa kaku dan membisu. hanya suara detak jantung anak anak kecil berselang seli bisikan halus suara menahan pedih, haruskah aku berlari kepantai...
- A Samad Said-

Tersepit kerusi adalah ketetapan Ilahi.
-Fathul bari-

Kerajaan Malaysia Gagal didik pelajar cara duduk di kerusi dengan betul.
- Lim Guan Eng-

Bersyukurlah negara kita masih ada kerusi
-Macai UMNO-

Anak Muda mahukan kerusi yang baru!
-Adam Adli -

Kerusi tidak penting.
-K.Rajagopal-

Comments

Popular Posts