Supermom Putrajaya Lake Cruise

Yehaa, memang best kali ini, walaupun sebenarnya agak kepenatan sebab ada yang belum baik sepenuhnya dari demam, tapi aktiviti rock n roll di teruskan dengan berjayanya kami dapat menjadi salah seorang dari penerima jemputan Supermom Intimate Dinner, dalam suasana naik kapal berlayar tengok Putrajaya hasil inovasi Dr M dulu dulu. Oklah, kali ini, banyak benda yang berlaku dan semestinya cerita kami dari seorang insan biasa yang akhirnya berjaya bersama orang orang hebat dalam team Supermom. Jom sambung cerita di bawah !!!


putrajaya,lake,cruise,kapal,dinner,free,supermoms
Penulis bergambar di atas Kapal

Senior Coordinator Ke Atas

Kalau mengikut kelayakan, dalam team supermom, Sr Coord ke atas je yang layak dan efektif, baru je dapat join dinner khas ni. Macam biasalah, pasukan OSF dari Master Azrin paling banyak sekali teamnya, dan diikuti oleh kak ngah Salwa dan adik beradik supermom yang lain. Bila fikir balik, hoo, tak sangka, boleh pergi sampai tahap macam ini. Memamng terasa lah pengorbanan dan kemanisan selepas itu, merasa demam sampai 40 darjah celcius sebab nak pulun habis bikin projek baik ini. Alhamdulillah, penutup dan sebagai hadiah harijadi yang ke 29 ini, dapat juga merasa dinner dalam cruise. Sebelum dinner kat mamak je hahaha !!!

Akustik Atas Kapal

Seperti biasa, mommy dan deddy memang sporting dan terus melantik aku and the gang untuk sama -sama memeriahkan dan mensumbangkan beberapa lagu, semangat betul aku bawak gitar masuk dalam kapal, nasib baik kapten kapal terbaik dan spoting habis punya. Oklah, gua kali ini dapat menyampaikan 4 buah lagu. Satu lagu malam 16, fikirkan boleh, dan lagu Rozana duet bersama MKB. Yehaa, lepas tu sebelum nak habis, aku dan penjejak bayang sempat bermain lagu Sahabat Selamanya sebelum kapal berhenti dan pulang ke jeti. Hehehe, memang pengalaman dapat perform atas kapal, hahha, malam tu memang selamba kodok je belasah. Nasib baik abang sound man penuh hensem membantu menggulung cable yang gua beli. Penant juga bawak amplifier pelbagai, oklah, sound malam tuh memang best !!!

Nakhoda Perjuangan

Perjuangan belum selesai, dinner tadi hanyalah satu pemangkin semangat untuk kami terus maju lagi. Bak kata Mommy, tahun depan semuanya ni akan jadi Master Coordinator, pangkat paling tinggi dalam Shaklee. Aku pun macam biasa balik terus kepenatan, dan tak sempat nak kemas rumah dan sebagainya. Tapi oklah, satu pengalaman dan rasa bertuah untuk sampai ke tahap macam ni. Heheh, lain kali, tahun depan tentu sekali aku akan ke US pulak untuk free trip Shaklee. Itu target yang PASTI . Hooo, Mari kita ke US pulak tahun depan !!!



Comments

Popular Posts