Review Video Master Celebration Hadhatina dan Kamarul

Alhamdulillah, tahun 2013 akan menutup tirainya. Tak sangka, dalam tahun ni banyak yang terjadi pada saya, ianya macam magik, yang kadang kadang kita tak percaya, tapi kalau kita yakin, ianya seperti menjemput kita datang untuk berjaya. Dalam tahun ni juga pada 24 ogos 2013, tak sangka pulak, kami dari Ainul Mustafa HD, dan rakan rakan SUPERMOM yang lain, berjaya menyiapkan VLOG khas untuk mommy dan deddy, Master Hadhatina dan Master Kamarul sempena Master Celebration mereka. Alhamdulillah, tak sangka, semasa melihat video yang mereka buat untuk uplin mereka , Master Shareeza dan Master Lyna, kami melihat, mereka pun perlu diberikan penghormatan, dan kami adik beradik SUPERMOM mengambil inisiatif untuk membuat video dan menjayakan program kejutan untuk Mommy dan Deddy. Oklah, jom baca review saya dibawah, siap dengan playlist lengkap. Tak sangka , kira kira ada 10 video yang kami buat, ada panjang, ada pendek, sempena Master Celebration. Boleh tengok link playlist di sini  http://www.youtube.com/playlist?list=PLPVP4cdZLvKicZ9fb5T_QCm-gQubuaGwL


interview,victor,lim,shaklee,malaysia,business,
Interview Victor Lim, Bos Shaklee Malaysia

1) Terjah Master Kamarul

Ucapan khas, sebenarnya masa tu just nak ambil barang untuk rakaman esok, sebenarnya pun itu hanya video praktis, saja nak berlatih interview , tapi dah jadinya, MKB pun cakap clear, dan Ainul pun ada buat ucapan khas, jadinya, saya terus edit dan jadikan video teaser sebelum bermulanya Master Celebration. Memang sempoi gila, hahaha, apapun siap video pertama, sambil pakai kain tuh !!!

2) Video Sahabat

Satu video khas dari adik beradik SUPERMOM , kejutan dan hadiah untuk mereka. Alhamdulillah, sebenarnya banyak kisah yang tak boleh dilupakan masa buat video ni. Kitorang masa tuh, siap dah planning, oklah hari ahad ni, semua berkumpul kat rumah kitorang, so Nurul ditugaskan bawak software dan sebagainya. Masa tu kitorang boleh pulak ikut mommy dan deddy beraya kat Melaka. So sebabnya malam tuh dan planning, jadi malam tu jugak kitorang balik ke Shah Alam. Tapi jadi haru biru pulak, sebab Nurul dan Akmal tinggal kereta dalam Masjid, malam tu kami sampai, pintu Masjid kat Bangi dah tutup, tak boleh nak balik, badan semua dah penat, tapi time tu kami tidur hotel jap, sebab nak temankan Akmal dan Nurul. Pastu pulak masa tuh, ATM sume tutup duit takda, kitorang pakat pakat korek duit sampul raya, aduih, emmang gile lah. Hahha, so hari ahad tu balik shah alam, dan siapkan video ni. Tapi itu pun tak jadi, last last, buat punya buat, masa pergi rumah mommy, curi sikit video yang MKB buat, dan last last jadilah lagu Sahabat, video yang dimainkan ketika Master Celebration mommy. Hooo, memang satu kenangan betul, dan ramai suka video ni !!!

3) First Draft Video Kejutan

Biasalah, sebelum video sahabat tuh, ada juga video first draft, saya ambil lagu tema My Boss My Hero, Sorofune tuh. Tapi macam biasalah, ramai yang kata tak faham dan sebagainya, ada yang enjoy dan ada yang kata tak menusuk kalbu. So inilah video klip pertama saya, saya belajar cari template SONY VEGAS pro dan buatkan, dan letak gambar mommy dan deddy. Hahah, macam biasalah, first video ni kurang kemas. Lepas dah dapat komen dari semua adik beradi SUPERMOM, akhirnya, tukar lagu sahabat, hoo, tak sangka, bila guna template, lama bebenor nak render, sampai ada satu template tuh, lambat gile, berjam jam. Adui, takpa, lepas ni kena pakai komputer canggih. Hahhaha.

4) Master Azmie Kassim Bersilat

Satu adegan yang sebenarnya yang dapat direkod semasa Master Azmie sedang menerangkan sesuatu pada Aizad dan Shag, ahhaha, tak sangka pulak, seronok dialog diorang dan video tu disedari oleh abg long miri. So jadinya, aku terus bikin video. Tak sangka pulak, masa kitorang buat lagu ni, aku terinspirasi oleh lagu R Azmi, memang banyaknya lagu dalam video ni aku cedok lagu R Azmi, sebab lagu tu penuh ceria dan enjoy, sesuai dengan setiap adegan dalam video ni. 

5) Ucapan Khas ASB

Satu ucapan khas, dari team ASB, yang diketuai oleh Fahmy, Epul Jaguh dan Daud, ahahha, tak sangka mreka tu berkumpul dan aku sempat minta diorang ucapkan beberapa patah perkataan untuk MKB dan Mommy. Macam biasa , sebab tema ASB, lagu tema mereka tuh, aku kasi letak lagu Madu 3, ahhaha, memang kena dengan group ASB ni, hoooo yeas !!!

6) Ucapan Khas Mama Ainul untuk RMC

Hahhaha, majlis tu juga dihadiri oleh beberapa keluarga Rumah Mesra Ceria, yehaaa, video tu ada Najihah Razali dan Lin Alin. hoo, oklah, satu video khas untuk family RMC, supaya mereka pun boleh ada Master Celebration mereka.  Bersemangat betul, yang lain pun mungkin malu-malu kinabalu

7) Master Celebration Hadhatina dan Kamarul

Yehhaaa, inilah video rasmi nya, aku pilih jugak lagu Faizal Tahir tu, memang dah jadi antem untuk lagu lagu semangat banyak kumpulan MLM lain. So kali ini aku dah buat kasi lain, aku just ambil video minus one sahaja, so nampak lain sikit. Video ni sebenarnya kalau tak cut, boleh jadi panjang, so aku ambil beberapa ucapan dan kata-kata penting . Tapi mommy dan deddy pun dah siapkan ucapan penuh mereka, termasuk Master Haji Roslan. So kali ini pun, aku hanya siarkan interview Master sahaja, master haji roslan, master lyna dan zainul dan ucapan khas Maste Farah Wahida dan Master Yusry yang sempat melarikan diri. ahhahah. Apapun , aku tak guna teknik yang sama dengan MKB, aku biarkan ucapan mereka tanpa menyelitkan video lain macam yang MKB buat. So nampaklah muka mereka semasa mereka memberi ucapan. HHOHOO YES !!!

8) The Making of MASCEL

Hahhaa, tak sangka, masa bikin mascel haritu, boleh pulak aku datang awal dan buat preparation. Dan beberapa video yang kitorang praktis kat rumah MKB haritu, ada yang tak jadi, dan aku buatkan video the making, dan sempat ambil ucapan khas aizad, shaggy dan yang lain lain. Ada satu video khas untuk test camera RODE aku , dulu aku beli, saje nak try kat kamera NIKON D3100 aku, lah rupanya camera nikon aku tu tak support external mic, aiyoo rugi je, tapi lepas tuh, tara, wife hadiahkan D7100, oklah naik pangkat, boleh bikin lagi best lepas ni. Nasib baik D7000 mkb boleh support RODE mic ni. Banyak membantu dan menguatkan lagi Audio nak memudahkan suara untuk interview mereka mereka ni,

9) Lyna NOH aka Kakak Cantik

Hahah kakak cantik ni diperkenalkan untuk menghidupkan lagi suasana kemeriahan video mascel kami ni. hahah, pengenalan yang terbaik, itulah dengan background lagu malam sunat lagu kelantan, menghidupkan lagu semangat BUDU dan jiwa kelantan Lyna NOH. yehaa, satu teaser lagi khas untuk menonton AMHD, hooo, ingatlah kata kata Lyna NOH dalam video ni, CANTIK TAK KAK TON ?

10) Terjah CINTA !!!

Video terakhir yang saya siapkan, sempena idea wife saya yang nak bikin macam MELODI terjah, habis semua ahli ahli SUPERMOM kami terjah, dan ada yang malu dan yang selamba sahaja, paling best kami dapat korek rahsia playboy MKB yang dibongkar oleh Abg Long dan juga pengenalan pertama Lyna dan Hadhatina semasa mereka mula mula berjumpa. Satu memori yang diabadikan oleh Lyna NOH sendiri, bagaimana mereka mula mengenali Hadhatina. hahaha, video ni berakhir di sini, dengan lagu pilihan pun ambil lagu R Azmi, sungguh cachy dan sesuai dengan jiwa aku kot. Video ni memang kejutan terakhir untuk MKB dan Mommy !!!



master,hadhatina,kamarul,yoursupermom,HD,business,shaklee,
Master Hadhatina dan Kamarul

MASCEL Akan DATANG

Akhirnya kami dari SUPERMOM terutama khas dari kami Faiz dan Ainul dengan ikhlasnya menghadiahkan 10 episod video ni kepada mommy dan daddy yang banyak menjaga kami, belanja kami makan sedap, dan mendidik kami menjadi leader yang hebat, sampai dapat naik cruise putrajaya. Alhamdulillah, banyak benda yang kami rasa mustahil, akhirnya dapat kami lakukan bersama, so video MASCEL hanyalah hadiah yang mampu kami berikan dapa mommy dan daddy sepanjang tahun 2013 . 




Comments

Post a Comment

Popular Posts