Pentingkah Markah Dalam Pelajaran ?

Satu topik yang biasa dibincangkan dalam forum, majlis ilmu, pihak kerajaan, dewan parlimen ,balai raya dan paling penting mak bapak kita. Memang secara dasarnya, jawapannya mudah sahaja, YA penting . Tapi, baru baru ini, ada sedikit masalah yang timbul dalam membicarakan isu ini. Betulke MARKAH dalam PELAJARAN membawa makna yang penting dan membantu kita dalam HIDUP ? Kalau saya kupas isu ini, tentu ramai sekali yang betul-betul marah. Apapun saya pun ada pendapat sendiri, betul dan tak betul bagi anda





Mudah Dapat Kerja

Kalau ikut zaman mak bapak kita dulu, pelajaran amat penting, itu yang mengubah hidup mak bapak kita dari yang duduk kampung, tak mampu, dan sekarang ni, dah mampu dan kita pun zaman sekarang hidup senang, dah tak perlu susah susah macam dulu. Jadi, semua orang dulu, belajar gila gila nak jadi pandai, belajar kat oversea dan sebagainya. Oklah, ramai kawan kawan aku yang belajar power power dulu pun dah berjaya dapat gaji ribu ribu dekat syarikat besar. So dekat sini, aku boleh katakan memang penting markah dalam pelajaran kalau kita nak dapat sijil dan sebagainya !!!

Betulke Bank Tengok Markah Pelajaran Kita ?

Aku sebab banyak sangat menelan buku Robert Kiyosaki, aku pun setuju dengan pendapat dia. Sekarang semua orang tahu, bukan semua yang berpelajaran tinggi, yang baru balik dari oversea pun, belum tentu mampu beli rumah dengan harga rumah sekarang makin melampau tinggi harganya. Bank anda bukannya tengok anda skor berapa banyak A, dia cuma tengok report kad kewangan anda. Subjek begini memang ramai tak ambil peduli. Sebab itu ramai juga yang sengsara nak beli rumah dek kerana gaji mungkin banyak, tapi pengurusan kewangan lemah dan memang gaji sikit bayar itu ini, termasuk lah hutang sana sini.

Orang Berjaya Di Dunia ?

Orang yang betul betul kaya dan berjaya dalam Dunia sekarang ni, kebanyakkan semuanya bukan cemerlang dalam pelajaran, semuanya drop out, dari Mark Zuckerberg, Bill Gates, dan kalau kat Malaysia ini, semua orang tahu Syed Mokhtar bukannya ada SPM, tapi sekarang DRB HICOM adalah di bawah tangannya, semua orang yang pandai pandai termasuk yang ada PhD pun kerja bawah orang yang tiada SPM. Ini membuatkan ramai yang membincangkan isu hangat ini. Aku pun dengan segera membaca buku Robert Kiyosaki bertajuk " Why A Students Work for C Students " Hooo sampai satu tahap, aku bagi semua leader , downline aku baca buku ini. Kejayaan manusia dalam hidup ini, bukanlah bergantung penuh kepada markah dalam periksa, tapi ia lebih dari itu. Tambahan lagi bila sahaja aku jumpa kawan-kawan semasa alumni sekolah aku, ada sorang dulu ni dulu pun huru-hara kat sekolah, tapi sekarang dah jadi JUTAWAN !!!

Belajar Dari Kesilapan

Bagi aku, apa yang penting bukannya markah, tapi belajar dari setiap kesilapan lagi penting dari dapat markah yang bagus. Semua orang pun tahu masalah EXAM ORIENTED yang melanda pelajar ASIA terutamanya. Lagi lagi bila kita hidup sebagai orang dewasa, mana ada exam atau periksa. Semuanya belajar dari pengalaman yang banyak mengajar kita nak tempuh hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Lagi banyak benda kita cuba buat, lagi banyak benda silap , selagi itu kena belajar dari kesilapan sendiri, dan melihat kesilapan orang lain sebagai satu pengajaran yang berguna

Comments

Popular Posts