OKS : Orang Kaya Strategi ?

Sebenarnya dah lama aku tak cerita pasal bola sepak. Member lab aku, Dr Kimi dah lama tak baca cerita bola sepak aku. padahal dulu aku suka sangat update pasal bola sepak. Mungkin pasal aku dah kecewa dengan beberapa kali aku dah tak dapat nak singgah stadium, dan juga tak dapat juga nak tengok Selangor membawa Piala Malaysia ke bumi Shah Alam. Makin teruk pulak, team Selangor macam kena bala bila semua player utama terus berhijrah, paling power tentu sekali Amri Yahyah yang terus ke JDT I dengan tawaran yang sangat lumayan. Apapun itu hak mereka. Oklah, gua nak cerita pulak pasal abang dari Melaka ini yang sempoi, rambut macam nak botak, gaya macam pemain catur peringkat Malaysia, iaitu Dato Ong Kim Swee. Sejak dia jadi coach Harimau Muda A, boleh nampak perbezaan yang ketara dia dan Rajagopal yang suka bereksperimen. Oklah , jom kita ulas satu satu kisah OKS ni.


Ong Kim Swee

Zaman Muda Muda

Kalau aku nak ikut umur tuh, baru je 40 lebih, maknanya tahun 90an dia dah start main bola. Cumanya maybe time tu, aku banyak tengok player yang lebih berbakat dan lebih gila dari dia. Abang OKS ni pernah bermian dengan Melaka, Sarawak dan Sabah. Tapi memang jaranglah juga aku tak ingat juga nama dia, sebab masa tuh, aku gile betul kat Selangor, tak lupa juga pasukan yang kuat kuat macam Perlis, Pahang, dan macam macam lagi. Bagi aku, nama OKS sebelum ini taklah segah nama pemain lain yang lebih sensasi ketika itu. Tapi apa boleh buat, walaupun sebagai pemain OKS jarang dikenali, tetapi nasibnya sekarang berubah apabila menjadi bos besar Harimau Muda A pada tahun 2009 menggantikan tempat K Rajagopal, dan ketika itu, banyak perbandingan yang dibuat, dan perdebatan yang hangat membandingkan Raja dan OKS !!!


Menyambung Legasi Pingat EMAS 2011

Boleh dikatakan, OKS berjaya membawa Pingat EMAS sukan SEA 2011 kekal di Malaysia, dan ketika itu, ramai memuji sikap OKS yang penuh patriotik dan membimbing pemain supaya lebih tenang dan bersemangat untuk menghadapi INDONESIA ketika itu. Kiranya masa tu, OKS masih dapat sentuhan pemain harimau Malaya seperti Apek, Fazly Shaz , Mahali , Asra dan ramai lagi. OKlah, tahun yang cukup mendebarkan bagi OKS sebenarnya, kerana ketangkasan APEK, jawatan OKS masih kekal sebagai jurulatih Harimau Muda A. Tapi selepas itu, jadual ketat dengan kelayakan Olimpik membuatkan pemain terus keletihan dan terkulai layu dan tak layak terus untuk layak ke Sukan Olimpik London 2012.


Kehilangan PEMAIN !!!

Bak kata pepatah, OKS memang terpaksa mengalah dengan permintaan Kinggopal yang lebih mementingkan skuad harimau malaya, skuad senior. Banyak pemain OKS yang terpaksa dilepaskan ke Skuad Senior, dan menjadikan OKS terpaksa menggilap player baru yang berbakat. Memang jadi satu isu jugalah dulu macam mana OKS boleh berebut player dengan Raja, ahahha. Tapi OKS dengan tenang mengatakan Skuad UTAMA layak untuk mendapatkan pemain terbaik untuk kepentingan NEGARA !!! itu belum lagi dengan kecederaan yang selalu menimpa pemain pemain utama seperti Wan Zack Haikal, Junior, Shahrul Ezwari dan ramai lagi. Sayang sungguh sayang !!!


Kelahiran NAZMI FAIZ MANSOR

Tengok nama pun korang dah tahu, nama yang tiba-tiba muncul dalam skuad Sukan Sea 2011. Terus menjadi kegilaan peminat bola sepak tempatan dan antarabangsa. budak yang tak ambil SPM, terus ke Indonesia, baru berusia 17 tahun, tapi otaknya dapat berfikir dengan baik, bermain macam andre pirlo, ala ala xavi, dan ramai tak sangka, cara permainan Nazmi banyak membantu Malaysia menghasilkan serangan dan mengawal bola dengan baik di padang. Tapi itu memang percaturan gila OKS ketika itu, budak mana dia kutip, dari Harimau B, dan sekarang menjadi pemain utama dalam skuad Harimau Muda A. Sekali lagi OKS tahu bila nak guna Nazmi Faiz, 3 game sebelum ni, masa sukan SEA di Myanmar, kemasukan Nazmi memang terus bagi impak terhadap jentera serangan negara. 

Menggilap PEMAIN HARAPAN NEGARA

Cara OKS yang suka player yang perform banyak membuatkan dia orang yang layak sekali untuk menggantikan tempat Rajagopal. OKS menekankan prestasi semasa pemain, dan banyak player yang top form di liga, mendapat tempat dalam list OKS. Paling menarik tentu sekali Junior Estadal yang menjadi wira Malaysia semasa Pesta Bola Merdeka. hoo, tapi sayang, kecederaan menghantui skuad Harimau Muda A, dan OKS tentu sekali mengharapkan Irfan Fazail dan Nazmi untuk bergerak memimpin jentera serangan. Boleh dikatakan, sejak kebelakangan ini, banyak pemain muda yang menyinar dibawah bimbingan OKS. 

OKS Perlukan GOD FATHER !!!

Ok yang ni aku punya pendapat, setelah sekian lama OKS bekerja sorang, aku rasa perlulah Malaysia buat kerja dan cari penasihat taktikal terbaik bagi menolong OKS dalam membimbing pasukan harimau muda malaysia ini. Aku pernah cakap, idea gila aku tentu sekali bayar je Arsene Wenger untuk jadi Director Youth Team kat Malaysia, tak pun panggil balik Lim Tiong Kim. Ada yang kata hooo kerja gila sebab takda duit. Ada pulak kata, sebenarnya Malaysia banyak duit untuk bolasepak, tapi duit tu hilang tah kemana , sebab tu prestasi tak menaik, ranking masih ditakuk lama.

Mampukah Score Hatrik Pingat Emas ?

Tak mustahil kalau semua pemain berdisplin , dan OKS perlu mencari jawapan kepada setiap kelemahan pemain yang melepaskan 2 gol. OKS setakat ini nampaknya masih berpuashati, dan aku nampak, OKS tidak betul betul menggunakan 100% pemain utama dalam setiap game. Tentu sekali ada perancangan yang menarik yang akan disajikan oleh OKS dan anak buahnya untuk game menentang Vietnam hari ini. Apapun, selamat maju jaya OKS !!!



Comments

Popular Posts