Nasi AYAM Pak Mal Shah Alam

Nasi Ayam pak mal tak perlulah nak diceritakan pada rakyat jati Shah Alam yang dipimpin oleh puak puak MBSA. Nasi Ayam nya memang dah lejen sejak gua sekolah lagi. Itulah kata kata kebanyakkan penduduk dan pelajar pelajar dan pekerja swasta atau kerajaan yang pernah makan di sini. Korang tahu magik nasi Ayam Pak Mal senang je, belum order lagi, nasi Ayam dah siap untuk dihidangkan. Kat sini, memang best , cepat dan laju. Oklah gua nak memberi review sikit, sebab nak penuhkan blog gua yang dah lama tak update ikut hari ini.

nasi,ayam,pak,mal,shah,alam,sedap,seksyen,11,selangor,
Nasi Ayam Pak Mal

Sejarah Nasi Ayam

Sebenarnya, gua pun tak tahu apakah sejarah sebenar Nasi Ayam ini. Mungkin orang kata orang Cina yang start buat nasi Ayam, tapi orang melayu pun buat jugak. oklah itu tak penting, tapi bagi gua, sejarah nasi Ayam Pak Mal ni pun gua tak tahu. Siapa sebenarnya Pak Mal ni ? Adakah nama sebenarnya Jamaludin Bin Khamis ? Oklah tapi apapun nama tuan punya nasi ayam ini, tentu sekali rasanya sedap. Gua suspek, inilah gerai pertama nasi ayam tuh, sebelum adanya cawangan lain. Gerai ni terletak di seksyen 11 shah alam. Kedai ni dah buka awal, sejak pukul 9 pagi lagi. So kalau korang dah teringin nak mencekik nasi ayam atau nak bantai bee hun sup, meh lah datang sini. Tapi kedai ni special, dia memang jual nasi ayam, beehun sup je. So memang cepatlah, dah siap bungkus. Dulu masa aku form 1, mak aku kata, senang je, nak berapa ? Siap semua, sampai tengah hari sebelum pergi sekolah, mesti aku bantai 2 bungkus, sebab tu badan aku comel !!!

Harga Makin Naik

Oklah sejak aku sekolah sampailah sekarang, harga dia tak tetap dan makin naik. yang ni aku malas nak komplenlah, sebab semuanya benda dalam dunia ini akan naik. Sebab permintaan, dan sistem kapitalis inflasi, sementara semua kos naik, sebab maybe nak bayar hutang kerajaan yang banyak. Lepas tu pulak kita pun guna matawang kertas yang boleh dicetak sesuka hati tanpa paksaaan. Sebab tu harga bila disimpulkan, macam biasa akan naik. Maybe kalau guna dirham, harga akan naik disebabkan oleh permintaan dan kos perkhidmatan sahaja. Oklah, nampaknya rasanya macam dulu juga, berhantu dan membuatkan anda akan tidur kalau tak tahan nafsu makan. So memang bagus !!!

Fungsi Lain Nasi Ayam

Selain untuk memberikan rasa sedap, kalau korang kat rumah nak buat kenduri yang sedikit, atau tetiba saudara mara nak datang,atau anak buah Shaklee datang nak buat lawatan sambil belajar, kat sinilah tempat paling sesuai untuk menghidangkan tetamu rumah anda. Bawak sahaja kereta atau basikal ke sini, lepas itu orderlah berapa pun, insyaallah, dengan kiraan, 1,2,3, siap !!! Itulah magik dan kekuasaan Nasi Ayam Pak Mal. Sambalnya yang merah itu membuatkan anda akan tertidur. Selain itu, kalau ada buat gotong royong nak bersihkan rumah, nak cat baru, sesuai sangat beli Nasi Ayam Pak Mal, lepas tu anda akan tambah 2 bungkus, dan sambung balik kerja. Begitulah fungsi Nasi Ayam Pak Mal, yang sangat berguna ketika di hujung minggu, kalau anda tak mahu dapur anda berasap, ataupun isteri anda nak makan luar !!!

Peringatan Khas Dari Kami

Setiap benda yang anda makan, jangan lupa ya ada kalori, oleh itu, silalah buat senaman selepas makan, tapi bukan buat terus, petang tuh, pergilah lari jap, panaskan badan. Kalau nak cara paling cool, bolehlah ambil set kurus Shaklee, Lecithin dan Alfalfa untuk detoks perut anda yang kekenyangan tuh. Oklah, yang ni hanya cadangan di luar kotak pemikiran sahaja, tiada kena mengena dengan kajian nasi ayam Pak Mal. !!!




Comments

Popular Posts