Macam Mana Nak Tarik Pelanggan Shaklee

Oklah, ini lagi pertanyaan dalam Nuffnang yang boleh gua kongsikan. Semenjak gua terbangun pagi tadi, gua mampu mengupdate kisah awek cun yang berjaya memperbaiki badannya. Tapi kali ini, gua nak story sikit lah pasal lu tentang tarik pelanggan Shaklee ni. Hoo, sebenarnya, ini bukanlah satu tarik - menarik macam pertandingan tarik tali, tapi memang realiti business , apapun business, semuanya ada main tarik tali, sampai pelanggan setia pun kena tarik dek kerana tawaran lumayan. Oklah, untuk membincangkan isu ini, kita mulakan dengan bacaan bismilah !!!

Tarik Pelanggan Shaklee Pergi Mana ?

Tarik Pergi Mana ?

Hoo kisah tarik menarik ni memang best, paling tak pun, kalau zaman konvensional punya, mesti tarik join, pastu letak harga pendahuluan front loading beribu ribu lemon punya. Kalau yang tak mahu join tuh, bolehlah tarik diorang pergi business talk, tak pun tarik pergi HQ je, tengok produk Shaklee ada macam macam, senang nak order dan sebagainya. Kalau yang single tuh, maybe boleh tarik customer pergi dating, kebun bunga keluar jalan jalan Jusco, huhuhu. Mungkin, lepas makan Shaklee, kulit bergebu-gebu , sebab tu kena tarik jadi makwe!!!

Bersaing Harga

Yang ni macam biasa, standard lah, bila dah jual benda sama, semuanya akan berebut, customer, cari paling senang tentu sekali dengan perang harga, kasi offer kaw kaw punya. Hoo, biasalah tuh, tapi Shaklee pun ada syarat syarat dan peraturan nya, tak boleh sewenang-wenangnya .

Tarik Dengan Duit ?

Hoo, zaman masa en Epul Jaguh dulu pernah terjebak dengan MLM haram jadah ni. Macam-macam janji kosong, dan terjebak dengan duit habis semua budak Universiti join beribu-ribu lemon. Memang naik cepat, tapi memang kena cop, kalau stok tak terjual, habislah simpan bawah katil, jadi perhiasan, tak reti nak jual dan sebagainya. Apapun, ramai je yang masih lagi buat cara ni, sebab nampak meyakinkan, nampak smart dan nampak macam businessman yang berjaya, tapi sekali masuk mahu kena keluar RM 10k, sampai ada je yang buat loan.

Magnet Rezeki

Cara paling bagus, ialah jadilah DIRI SENDIRI, dengan menambahkan ilmu didada, tak perlu paksa-paksa, dan teruskan membuat sharing yang bagus tentang produk yang anda sedang makan. Buatlah amalan murah rezeki yang diajar oleh upline anda itu. Gua pun masih tak berapa kuat nak jadi magnet kepada orang lain, maybe gua ni hensem sangat sampai gadis-gadis takut nak menghampiri gua. Apapun, rezeki, tetap ada di mana-mana, jom kita menikmatinya !!!





Comments

Popular Posts