Komplot NIKON D7100

Hooo , sambungan dari cerita di nandoskan haritu, berlaku lagi kisah tragik apabila mereka mereka berkomplot NIKON untuk aku, oklah apapun kali ini aku tak sangka akan dapat banyak hadiah yang tak dijangka jangka. So sudah semestinya aku masa tuh insan paling happy, walaupun tak menjerit keriangan. Oklah jom kita tgk apa yang aku dpt untuk hadiah hari jadi

1. Coklat hersey
Hehrhr beg bewarna merah ada teddy bear yang sangat comel di berikan pada aku, wani dapat warna hitam pulak. Hoo oklah masa tu pun dia pakai baju hitam, aku pulak hanya berselipar merah made in guangzhou dan bertshirt cheetah. Nampaknya kali ini coklat tuh Arreessa yang nak, dia pulak nak makan sume coklat yang ada dalam tuh. Tapi bila buka je, katanya nak makan kacang je, coklat tak nak.

2. Survinior dari Paris
Yeah tak lupa juga deddy dan mommy bagi survinior dari hasil mereka berjalan jalan di Euro haritu. Hooo best best. Sungguh bergembira dapat itu dan ini . Oklah dpt buku lagi yang bertajuk law of attraction. Hoo best bertambah lagi koleksi buku kat rumah, nak bikin library kat rumah gua ni.

3. Nikon D7100
Hahhaha yang ni paling ultimate sebelum nak balik. Hoo last sekali ada something yang lebih best dari survinior yang terbang jauh ke Malaya. Hokk , aku tgk apa kebenda ni. Ingatkan kotak apa ni, diorang suruh aku tgk dalam beg tuh, hooo rupanya wife ku dah minta tolong mommy belikan camera baru untuk aku. Hooo sungguh teruja , terdiam kejap. Hahhaha , mkb tolong pilihkan model yang terbaik utk aku. Kerja aku yang nak bikin vlog, hoo seolah olah dapat semangat baru nak buat yang terbaik untuk nak kembangkan channel Ainul Mustafa HD, AMHD  . Hoo kali ni model dia lebih upgrade dari D7100 mkb punya. Memang superb, tekan dia body dia memang sedap. Harga dia pun yeah memang lagi sedap. Ingatkan nak angkat yang biasa je. Tapi kali ini bolehlah kahwinkan rode mic aku tuh dengan D7100 baru ni, kerja akan bertambah best. Hooo. Sekali lagi, aku tanya juga wife aku macam mana dia terfikir pasal ni. Bila tahu cerita tuh, aku pun faham situasi sebenar komplot  D7100 ni. Hooo yeah !!!!!

Oklah itu antara cerita malam sempena aku dan wani di nandoskan. Tapi tadi pun baru tahu anak/dowline aku selamat melahirkan baby masa bestday aku. Hehehe. Apapum tahniah ct noorytah utk baby baru, humaira dah dapat adik. Hooooo . Lepas giliran kakak Arreessa pulak nak jaga adik kesayangannya.

Terima Kasih
Alhamdulilllah

Comments

Popular Posts