Muka keluar Paper Kosmo

Minggu lepas tak sangka cerita aku pegang Arreessa baca buku keluar jugak. Hahhaa kali ni memang muka aku besar jugaklah. Ok kali ni banyak juga aku dengar pandangan tentang mendidik anak . Hahaha aku nak kupas nanti bajet aku powerlak, apapun kita sama sama bincang , apapun untuk kebaikan anak anak kita

1. Bahaya GAJET ?
Bagi aku tak perlu nak salahkan gajet, sebab gajet ni sekarang dah jadi trend, memang zaman bebudak sekarang untuk layan gajet. Tu lagi bertambah dengan tok nenek kita pun dah ada akaun facebook . So bagi aku gajet ni nak tak nak kena bagi juga main, takut bebudak ni jadi gian kalau tengok kawan ada tapi dia takda. Tapi memang diakuo gajet macam tab ni memang ada kesan negatif yang memang tak bagus untuk kesihatan dan perkembangan kognitif kanak kanak. Hoo yang ni kita kena kawal , disiplinkan anak anak supaya tahu bila masa sesuai untuk bermain gajet. Tapi kekadang terpaksa bagi sebab takut bebudak menangis dan nak bagi senang jaga. Hmmm bahaya juga tuh.

2. Bermain Dengan Benda Betul
Hahhaha toys dulu dulu sememangnya ada kelebihannya. Dulu budak budak akan banyak belajar dengan pegang mainan macam lego, playdoh dan sebagainya. Kalau beli mainan kereta tuh memang membuatkan budak budak akan tengok sendiri dan berimaginasi dan menjadi lebih kreatif. Kalau dia dapat rasa dan berlari, jatuh , rasa sakit, itu pelajaran yang amat bagus .

3. Buku Penting Ke ?
Aku memang suka baca buku, tapi masa besarlah aku tahu baca buku . Itupun buku research masa aku buat master dan phd dulu. Tapi aku memang suka dan galakkan Arreessa dan family RMC aku baca buku. Buku ni buat dia dapat tengok dan feel imagination dia sendiri. Selain nak jadi penulis yang baik, nak tak nak baca buku untuk dapat banyak idea. Hoo apapun baca jangan tak baca Al Quran.

4. Ulangi Sejarah
Tak sangka pulak dulu aku pernah keluar paper masa kecik dulu dengan mak aku, keluar paper the star sambil pegang buku. Kali ni giliran aku dan Arreessa pulak keluar paper kosmo sambil baca buku. Mungkin lepas ji Arreessa dan anaknya? Manalah tahukan hehehe.


Comments

Popular Posts