Melawat Sekolah Lama

Banyak kenangan sebenarnya semasa di sekolah . Tapi yang paling ingat tentu masa aku kat sekolah menengah. Hoo boleh jadi gile dibuatnya dengan macam macam perkara yang tak dapat dilupakan ketika itu. Tapi bagaimanapun, bak kata Izhar, memang sekolah menengah memang terbaik, masa nilah kita nak belajar dan enjoy jadi budak nakal, pandai, nerd dan macam macam lagi. OKLAH, gua nak story mory sikit pasal sekolah gua ni satu persatu. Yang ni yang gua ingatlah ye.

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam ni secara rasmi dibuka pada murid murid ada 1997, jadi kitorang ni pioneer sekolah SMKS9. Tapi bangunan sekolah tak siap lagi, jadi masa tu kami menumpang kat Sekolah Menengah Sultan Salehudin Abdul Aziz Shah, Sekyen 2 Shah Alam.

2. Pengetua pertama Hajah Fatimah sekejap je berada di di sekolah kami, aku paling lama dengan Hajah Norsyam,  pengetua kedua.

3. Aku dulu kelas 1D, 2D dan pernah terjejak kelas budak pandai 3 Cekal, dan seterusnya masuk kelas paling GILE dalam sekolah iaitu 4STE dan 5STE.

4. Walaupun dulu kitorang tumpang sekolah, tapi main bolasepak tetap buat, just buat liga kat luar sekolah lawan antara kelas, aku aktif main bola sampai form 2, form 3 dah kureng sikit. Masa liga pertama, kelas 1C juara, kelas aku naib juara, dengan kemenangan 6-5.

5. Kitorang dapat masuk ke Sekolah kitorang pada tahun 1997 bulan November, masa tu kitorang sama sama cuci toilet hehe.

6. Wira jamaludin ialah olahraga pertama sekolah dari rumah kuning atau suria. Lepastu olahraga sekolah dibolot oleh Bukhari Murad, yang perempuan tuh pulak fatin idayu.

7. Zaman merentas desa pulak tentunya Rasul Majid juara pertama. Tapi lepastu Vishnu yang jadi power pulak. Ada satu zaman tuh, semua juara setiap tingkatan tuh dimenangi oleh rumah biru, masa tuh tahin 1999, sekolah kami ada budak form 1, 2 and 3 only.

Adui merapu pulak aku pasal fakta sukan. Oklah nanti aku btau lagi pasal ni. Hoo nanti aku sambung lagi, mahu sambung sidai baju.

Comments

Popular Posts