Business Online Best Tak ?

Soalan yang menarik, dan tak perlu lah gua cakap jawapannya. Sebab jawapan tuh ada pada anda. Anda nak buat ke tak nak. Kecanggihan teknologi sekarang sepatutnya dimanfaatkan dengan baik. SO kat rumah gua unifi20 telah menghasilkan pulangan yang lumayan.Alhamdulillah dapatlah gua hidup di bandar Shah Alam yang penuh pancaroba ni. Oklah dalam nak mengatakan jawapan kepada Best tak ni, jom gua bagi jawapan gua. Gua nye jawapan ada dua TAK BEST DAN BEST. So apa yang tak best dan apa yang best ? Jom kita tengok ulasan di bawah


best business online

TAK BEST

Hoo, apa yang tak bestnye tuh ? Mungkin sebab mamat tuh jenis yang bekerja. Oklah , kerja memang best, sebab kalau korang pandai, so bolehlah kerja company besar besar . So gaji korang pun besar, so business online ni bukanlah sesuatu yang penting bagi korang. Hehe so gaji dah besar, bolehlah buat loan rumah , pergi melancong dan sebagainya. Ada yang jenis pulak suka kerja je, tapi gaji mungkin sekadar boleh hidup. Nak beli rumah atau kereta besar maybe tak mampu. So bila nak bikin business, fikir 2 tiga kali juga. Tapi bila bab investment, laju je, masukkan duit banyak banyak. Lepastu tengok duit lesap. Ada yang cukup cukup makan. Tapi bila kata nak buat aprt time business, katanya oklah gaji sekadar cukup.TAPI bila harga barang naik itu naik, komplen punya tak Ingat, marah kerajaan kata tak tolong rakyat miskin. Katanya dia tak pandai buat business, family bukan background business dan sebagainya. Macam macam alasan bagi. Tapi kekadang tuh ada yang bersemangat, tapi bila bab online tuh rasa macam pelik, maybe internet tempat dia slow macam siput haram jadah. Ada yang kata business kena ada kedai, kena ada stok, kena pergi rumah orang, pergi buka bazaar dan sebagainya. Jadi online ni katanya macam susah nak jual. Mungkin malu dan mungkin juga tak reti nak guna teknologi yang ada. Sebab sebab macam ni aku rasa ada yang kata business online TAK BEST !!!!!!

BEST

Boleh dikatakan ramai yang suka business online ni. Tapi yang betul betul suka ni pun tentunya yang dah pandai marketing online. Bukan sahaja hasil lumayan, tapi kerja rilek, duduk rumah buat promosi dan marketing, dan dibantu juga dengan online banking, ramai je sekarang yang dah mula masuk bidang ni sebagai kerjaya. Boleh dikatan dulu orang suka bikin blog, website untuk memasarkan produk. Semua orang tahu Irfan Khairi yang bergelar jutawan muda internet, berjaya membuat jualan berjuta juta dengan hanya menggunakan internet. Masa tu kiranya ramai yang terbuka mata, dari orang biasa, sekelip mata dengan internet marketing, ramai dah jadi kaya raya. Kalau nak ikut dari segi produk pun, macam macam sekarang orang jual. Kitorang yang jual supplement Shaklee pun tak terlepas dari pengaruh online yang benar benar memberi kesan sosio ekonomi kepada kitorang. Paling gila juga bila produk internet seperti ebook pun boleh laku beribu-ribu ringgit, tanpa perlukan cetakan keras . Hanya perlukan promosi dan sistem affiliate yang noleh dipelajari di mana mana sekarang. Sekarang lagi gila dengan FBAds, dari aifu Faisal dan Jamal, makin gila orang buat business online. Itu tak kira lagi skim pelaburan online dan Forex yang terlampau banyak kat internet, biasalah ada yang betul dan banyak yang menipu . Lagi lagi bila sudah laku internet ni, ramai dah berjaya keluar dari zon selesa, dan tak rasa malu dan berkeyakinan untuk mengembangkan lagi business dari online ke Kedai fizikal yang cantik. Contohnya banyak je kedai tudung, baju dan macam macam lagi, semuanya bermula dari ONLINE . Sekarang ni kalau pergi pos laju, dah macam sesak orang pos sampai beratus bungkusan untuk customer !!!!

PENUTUP

tak kisahlah anda suka ke tidak business online . Zaman sekarang bukanlah zaman Industrial age macam dulu. Zaman sekarang ialah zaman Information Age, sesiapa yang banyak maklumat , dialah yang kaya. Paling tak bolehlah juga ialah orang yang buat blog hiburan, politik, semuanya dapat income lumayan dengan hanya MENULIS . So kat sini sekali lagi, anda suka atau tidak ? Dua dua pun boleh buat duit, setiap benda semua ada baik dan buruk, senang dan susahnya!!! Oklah sekian sahaja dari saya.

Comments

Popular Posts