2 Mentor Hebat

Alhamdulillah selesai sudah trip kmi ke Universal Studio kali ini. Tak sangka jugak banyak pengalaman yang saya tahu dan macam macam kitorang main. Oklah, sebenarnya saya nak cerita sikit pasal gambar kat bawah ni. Korang yang betul mengikuti perkembangan kitorang, mesti tahu, pasal Hadhatina, upline kitorang, tak lupa juga masa awal awal terbuka hati nak join business, kitorang pernah berada di bawah group Hanis Haizi suatu ketika dahulu.  OK lah jom baca pendapat aku tentang diorang ni

From NO to YES
Aku  sangat kagum dengan beliau, Hanis memang anak orang senang, tapi dia dan Raz husbandnya bukannya hidup minta duit bapak diorang, diorang pun tahu nak keluar dari comfort zone,  kalau nak jadi kaya. Kalau datang kelas tuh, kitorang tahu dari upline kitorang dulu Salha dan Alfaath, Hanis never say NO, Hanis tahu macam mana nak tukar 360 dari NO to YES. Diorang ni ada kuasa , kiranya memang rapat, selalu bincang macam mana nak tukar setiap NO menjadi YES. So Hanis berjaya buktikan umur bukan penghalang nak capai income 6 angka, sampai keratan akhbar tu memang buatkan kitorang yakin, semua orang pun boleh nak capai income sebesar tuh. Masa dulu pun, kitorang belajar macam mana nak jadi personaliti blogger yang bagus, nak tulis blog yang mengancam . Walaupun Hanis masih muda, dia buktikan dia boleh memimpin GLAM dengan baik sekali.

Dari Blog ke VLOG
Jodoh pertemuan tu biasalah, kami dipertemukan dengan Hadhatina Abdul Halim, dari wife sekadar makan Shaklee sehingga kami berjaya mendapatkan kereta idaman dan income yang best. Mommy kitorang suka travel, dan daddy MKB sememangnya menjadi tulang belakang setiap VLOG wahmilicious yang best. Dari Shaklee, macam macam juga kitorang belajar lagi tentang MLM.  Kitorang lagi terdedah dengan teknik menjual yang betul, betul betul nak belajar business, macam mana nak jadi MAGNET yang kuat, dan yang paling hebat ialah kuasa AMALAN ROHANI yang kitorang dapat dari group JUTAWAN. Satu lagi perkara yang best ialah Ukhwah yang terjalin dalam group SUPERMOM . Mommy kitorang selalu support , walaupun kekadang tu kitorang rasa macam silap je, walaupun kitorang lambat, walaupun kitorang rasa down.

Mentor HEBAT
Akh tak pernah menyesal join team HANIS dulu, dan bersyukur dapat pula dapat bimbingan dari mommy HADHATINA sekarang. Setiap perjalanan business kitorang dulu adalah satu Ilmu dan pengalaman yang berharga. Kitorang banyak belajar dari HANIS . Jodoh pertemuan dengan HADHATINA dapat menambahkan lagi skill business kitorang yang masih biasa biasa ni. Alhamdulillah , Allah temukan kami dua MENTOR hebat ini. Nasihat aku kepada korang pun senang je, siapa pun mentor korang,  kalau korang tak nak kerja EXTRA, sorylah jangan berangan nak dapat EXTRA INCOME macam mentor korang. Sekian sahaja untuk ahad pagi ni.

Comments

Popular Posts