Robert Kiyosaki Cetak Duit Sendiri ?

Salam sejahtera semua, saya sebenarnya tertarik dengan banyak buku Robert Kiyosaki, dan yang paling terkini dan terbaik ialah bukunya yang bertajuk "Why A Students work for C Students ?" Ada kawan minta saya buat review tentang buku ni, oklah, saya dah habis baca , bolehlah bikin review sikit. Manalah tahu anda nak baca buku ni. OKlah kita tengok review buku ni. Saya tak bolehlah kasi content penuh, sebab nak anda juga baca buku ni, untuk buka minda anda 




Financial Education

Macam biasalah, apapun Robert selalu terangkan benda ni banyak kali dalam bukunya. Sejak zaman Rich Dad Poor Dad, Robert terus melonjak naik namanya, sebagai the best financial advisor, dan paling gile bila dia datang Malaysia tempoh hari dengan Kim sekali. Kiranya satu session tuh, memang mahal gila. hahhaha. gua terlepas nak pergi dengar dia cakap. Cara dia cakap amat simple dan english dia pun tak sukar sangat. Tetapi ada juga yang mempertikai nasihatnya, dan ada juga cakap Rich Dad tu tak wujud pun kat Hawaai. Hahhah, apapun, teorinya dan analisisnya memang hebat, dan tak kisahlah Rich Dad tu wujud ke tidak, ianya boleh di pakai.

Orang Miskin Yang Tamak

Dalam satu kenyataan, ada banyak kali dia sebut benda ni. Orang miskin, yang tamak, bukannya Orang kaya. Tapi kalau korang baca buku ni betul betul, korang dapat rasakan, kenapa orang suka sangat kerja kerajaan. Baguske kerja kerajaan ? Apa faedahnya kerja kerajaan. Paling mengancam sekali, betul ke ornag yang kerja dengan Kerajaan ialah orang yang TAMAK ? Jom baca

Network Marketing

Beberapa kali Robert suruh join network marketing, macam MLM Shaklee. Tapi ingat ye, Network Marketing ni memang meluas, dan MLM adalah salah satu darinya. Benda begini, kita boleh belajar, untuk shortcut belajar buat business. Samalah macam dulu, gua ada stress, even pakar emas En Zul PG pun suruh buat business MLM, ianya paling mudah, sebelum kita buat business yang lebih besar, terutama bila kita nak buat produk sendiri 

Cetak Duit Sendiri

Oklah, sebenarnya banyak lagi point penting, tapi paling penting dalam buku ni ialah, Macam mana nak cetak DUIT SENDIRI ? Hahhaah, inilah yang di ajar oleh Robert Kiyosaki, kalau korang betul -betul faham, korang dah boleh cetak DUIT SENDIRI, hahah, dan yang paling kurang ajar sekali, tentunya istilah cashflow, duit masuk , tanpa kerja penat penat. Bacalah buku ni, memang best, ada benda yang saya tak boleh terima, tapi cukuplah 4 point ni, kalau nak tahu lebih, baca buku ni !!! Harga dalam RM 62, boleh di dapati di kedai kedai buku utama seperti MPH, Popular , Kinokuniya dan sebagainya !!!

Comments

  1. Thanks ninja...atas review...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak tulis penuh, tapi bacalah kapten, aku baru faham apa itu erti pemurah dan kedekut,

      Delete
    2. TQ bro bersharing2... menarik ni.. nanti aku cari gak.
      buku Aboh Kayo Aboh Pokai pun dah baco eh jang

      Delete
  2. Aku tak baco lagi, byk lg buku dio yang baguih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts