Blues Untuk Rakyat Versi Babah

Tah macam mana nak melayan lagu blues semalam. Tapi korang akan tahu , kalau korang boleh feel, hehhe, benda yang takda dalam diri ni, ialah blues , muzik blues. Hati mahu blues. Hehhe, beza betul dengan rock, blues memang kacau jiwa, kacau hati. Hehhe, orang yang main muzik blues, memang gile. Oklah, jom kita baca ulasan yang di tulis oleh Pn Mardhiah kita, pemenang peraduan muzik blues berunsur nasihat !!!








Ok ni lirik lagu blues untuk rakyat. Sebenanye tak bape reti nak buat ulasan ni. Almaklum la da lame abis blaja..heheh..Tapi saya cube ye babah

Ok kalau kita lihat rangkap pertama lagu ini kelambu usang yang di maksudkan dlm lirik ini adalah suatu ikatan atau satu perhubungan. Sebagai contoh bangsa kita sendiri. Di mana kelambu merupakan pertahanan kita dari di serang nyamuk. Namun jika kelambu itu sendiri usang, koyak sana sini, bagaimana kita nak berlindung dari gigitan nyamuk. Di sini penulis cuba mengenengahkan jika rapuhnya suatu bangsa itu, maka musuh atau ancaman senang sekali berlaku di mana di dalam lirik ini jika kita perhatikan nyamuk adalah merupakan satu ancaman jika kelambu tmpt kita berlindung itu koyak sana sini.

Kealpaan dan kelekaan juga boleh mengundang kepada rapuhnya sesuatu perhubungan dan hancurnya bangsa itu sendiri di mana jika kita lihat penulis mengaitkan bangsanya masih mengantuk, masih sangap. Sangap dalam erti kata lain adalah suatu perbuatan menguap sekaligus ini membuatkan kita paham bahawa bila menguap akan mengantuk dan kemudian tidur. Jika kita terus lalai, terus menguap, terus tidur , adakah bangsa kita akan maju?

Kayuh basikal laju2 , hendak potong motokar depan. Cuba kita cuba, selaju mana pun kita kayuh basikal itu, dapat ke kita potong kereta kat depan? Apa yg cuba di kaitkan dalam rangkap ini? Cuba kita bandingkan, apa beza basikal dengan kereta? Sudah pasti kita tau kalau kedue2 kenderaan ini betanding dlm pelumbaan, kenderaan mana yg akan menang kan. Apa yg cuba di sampaikan sebenarnya? Ini menunjukkan bahawa terdapat jurang perbezaan antara bangsa yg maju dgn yg mundur.. bangsa yg lalai, yang leka, yg tidak mahu berubah, yg masih selesa di zon nya, dapatkah menandingi bangsa yg telah maju jika terus menerus berada di takuk lama. 

Lagu nasihat ini ditujukan kepada 4 golongan iaitu buat yg di tepi jalan. Ok apa yg sering di lakukan org yg di tepi jalan? Seringkali org di tepi jln di kaitkan dengan mereka yg kaki lepak. 

Buat yg di kelab malam. Orang yg pergi kelab malam ni selalunya membuang masa ke arah sesuatu yg tidak berfaedah.

Buat yg masih di sekolah. Budak sekolah masih belajar, masih dlm tempoh menuntut ilmu. Dalam usia muda sebegini la tenaga dan pemikiran mereka diperlukan utk memajukan suatu bangsa itu.

Ok dan last sekali, Buat yang nak ke pasar. Org ke pasar ada tujuan. Dia tahu apa dia mahukan. Apa yg nak di beli. Jadi org sebegini perlu dlm memajukan suatu bangsa. Dlm mbantu golongan pertama dan kedua di atas.

Rangkap terakhir adalah istana pasir di kaitkan dengan dunia khayalan yg di bina oleh suatu bangsa itu sendiri. Kita sebok bina istana pasir yang rapuh, yg akan roboh bila di landa badai, dengan erti kata lain penulis cuba menunjukkan betapa alpanya satu bangsa itu yg sebok mengejar sesuatu yg hanya nampak indah di luaran, di sogok dgn janji palsu pihak luar tapi tanpa sedar negara atau bangsa sendiri ketinggalan...

Kesimpulannya , kelalaian, kealpaan tanpa usaha untuk memajukan diri sendiri, sampai bila tidak akan ada hasilnya jika tiada tekad dan usaha untuk berjaya di samping memperkuatkan benteng dan pertahanan sedia ada.


Terima Kasih Mar Mardhiah: Jom kalau rasa ada problem, meh lawat page ni :


Apapun, layan je versi babah kat bawah ni !!!! Enjoyz !!!!



hehehe, layan WOOO, !!!



Comments

Popular Posts