Baca Lagi Buku Robert Kiyosaki

Hari tuh sudah habis baca buku Robert Kiyosaki, Why A Students work for C Students ? Itu sudah habis, gua rasa tak puas hati lagi, ada banyak benda kena belajar ni. Oklah, sekali lagi gua mau rembat buku robert, sebab gua tahu, buku ni, knowledge dunia sekarang ni amat penting, gua perlu tahu lagi, lagi mahu increase gua punya leadership, baru gangster gangster lain respect sama gua. !!!


buku robert kiyosaki


Rich Dad'S Conspiracy of The Rich

Buku yang pertama kali yang Robert bikin, boleh diskas online, Robert tahu buku ni amat penting, sebab Duit sekarang bukan macam dulu zaman duit dari emas. Bila Nixon sudah gila buat keputusan untuk tarik duit dari di sandarkan kepada emas, habis semua sistem dalam dunia kena ikut US Dollar. So bak kata Robert, siapa yang simpan duit, itu idea lama, So apa benda yang bagus untuk saving sebenarnya ? Gua nak tahu juga ni. Oklah, gua akan baca buku ni dulu, sebelum gua sambung buku seterusnya.

Rich Dad's The Business School - For People Who Like Helping People

yang ni gua memang nak suruh sangat wife gua baca. biar dia faham macam mana nak bikin MLM dengan baik sekali. Buku ni robert memang tulis khas untuk orang yang buat Network Marketing. hahah, Network Marketing tak semestinya MLM ok, MLM ni salah satu cabang Network Marketing. Tapi, memang bestlah, gua terasa bersemangat nak baca buku ni.

Ajak Pasangan Baca Sekali

Apapun, jom kita sama -sama baca, sekarang ni zaman dah makin gile, duit makin mencengkam, kalau tak prepare untuk anak-anak kita tentang financial education, mampus gua nanti, sekarang ni zaman orang jadi Capitalist, ambil barang dari Cina sahaja, globalization, kerja sudah boleh import sana -sini. oklah, Jom kita baca, ambil masa sikit. Anak saya kekadang suka saya bacakan buku untuk dia, walaupun dia tak berapa kenal itu huruf.

Comments

Popular Posts