Tips Nak Menghilangkan Rasa Mengantuk

Salam sejahtera, oklah kali ini, tips ini di ambil dari facebook Oh Media, dan siapa yang bikin tips ni, tak tahulah, oklah, kali ini tips yang copy paste sahaja. Oklah, untuk tatapan pembaca blog faiz saaid, saya mempersembahkan 11 tips ni di bawah ok . Selamat beramal ok !!!

tips,hilang,mengantuk,rasa,sains,
Mengantuk kat tempat kerja
  1. Hampiri Kawasan Bercahaya.
    Langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi di tepi tingkap.
  2. Basuh Muka
    Cara ini sangat berkesan dan akan serta merta menyegarkan mata anda.
  3. Wangian AromaterapiWangian Aromaterapi dikenalpasti dapat mengembalikan semangat kerana bau-bauan segar akan meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk.
  4. Dengar MuzikMuzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda.
  5. Senaman Ringan
    Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti tangan, kaki, ‘mematah-matahkan jari’, menggelengkan kepala boleh anda lakukan untuk menghilangkanrasa mengantuk
  6. Pandang Pepohon HijauTaman hijau dapat menyegarkan permandangan sekaligus dapat menghilangkan rasa mengantuk.
  7. UrutUrut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala dalam beberapa ketika sahaja anda akan berasa segar dan aktif semula.
  8. Minum Banyak AirAir sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat.
  9. Amalkan Teknik Pernafasan BetulTarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.
  10. Berjalan-JalanBerhenti rehat seketika dengan bangun berjalan dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan.
  11. Membaca Ayat Al-QuranMembaca sepotong ayat Al-Quran di dalam ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan mengantuk.

Thanks OH MEDIA

Comments

Post a Comment

Popular Posts