Kriteria Pemilihan Pemain Bola Sepak

Nampaknya para penyokong anda tak berjalan keseorangan YNWA bersorak gembira kerana pasukan kegemaran mereka telah menang menewaskan musuh tradisi setan merah yang dibimbing oleh pakcik moyes. Kiranya, habis Man U kena pantau dengan Liverpool. Hahhaa, tapi yang paling best dalam liga melayu tentunya beberapa pasukan pilihan yang sudah kena tendang awal. Gergasi merah terus dirundung masalah, ada yang kata bookie, ada yang kata pemain dapat offer, ada yang kata pemain kena kawal, maki hamun,tak puas hati dan sebagainya. Oklah, dalam nak membincangkan benda benda yang  tak akan setel ni, jom kita tengok kriteria pemilihan pemain bola sepak yang ada dalam dunia ni !!!


jurulatih bola sepak terbaik


1) lari 100 meter ?

Dulu si shebby singh pernah buat rancangan My Team, nak cari player-player luar yang berbakat, untuk kalahkan team FAM yang bajet power. Hahha, semua orang time tu pakai biru, nak kalahkan team sultan kuning. Tapi yang tak boleh belah bila gua tengok, oh, rupanya kena ada orang yang lari laju. Bayangkan, ramai juga gagal ujian saringan 100 meter time pemilihan. Hooo, tapi memang betul pun, sekarang ni, bolasepak dah makin laju, semuanya kena pantas, kalau slow maknannya hilang bolalah. !!!

2) Badan Sasa ?

Ok dulu aku kata tinggi memang satu kelebihan, kalau tanduk tuh, memang boleh gol. Tapi bila bola sepak moden lagi, messi yang tak berapa nak tinggi dah 4 kali jadi pemain terbaik, bebudak barcelona pun tak berapa nak tinggi. Yang penting, badan kena sasa sikit, kena bina otot sikit, kalau kurus  sangat, takut terpelanting jadinya. Fitri  Shazwan selangor tuh, memang superblah, kecik tapi ligat !!!

3) Muka Hensem ?

Hahaha, yang ni takda kena mengena pun. Ok ,  kalau muka hensem macam ronaldo tuh, memang dah anugerah tuhan, macam jugak david beckham. Kalau yang power, korang tengok Frank Ribery dan Tevez, hahhaha, muka hancus, tapi ribery main tetap power. Paling power sekali bila Ribery ditanya soalan kenapa dia tak nak operate gigi dia yang jongang, dia kata "Ini kurniaan Allah "

4) Main Semua Posisi ?

John Oshea, ex player Man U, kiranya antara paling berbakat dan versatile dalam sejarah bola sepak. hahah tak sangka ada satu ketika, Oshea boleh main gol keeper, rasanya time tu van de sar injured. Oshea telah menunjukkan bakatnya save beberapa percubaan, time tu lawan totenham. Tapi sekarang ni dah jarang dah player boleh main semua posisi. Kalau main striker tu, nak bolot  je tahu !!!

5) Stamina ?

Dulu masa England lawan Portugal, gua ingat  lagi Owen Hargreave main tak ingat, lari sana  -sini, jadi nadi, jantung pasukan England, yang masa tu main 10 orang je lawan portugal. Gila tak ingat, time tu, masa tu juga Alex Ferguson terus ambil Hargreave main United. Kalau Selangor pula ada Veenod yang boleh lari satu padang turun naik bantu member. Hoo, kiranya, kalau korang stamina kuat, ada harapan nak main 90 minit games

Rasuah Mata Duitan

Kalau player tu hebat mana pun, tapi terlibat dengan rasuah, mata duitan, janganlah ambil player macam tuh. Ada yang tak profesional langsung tentang benda benda ni. Mostly yang mata duitan ni,boleh rosakan pasukan dan menjejaskan tumpuan. Hmm , so lagi satu, kalau player tu dah melekat dengan rasuah, buang je terus, huhu, ambillah player  yang tak berapa nak hebat, tapi bermain dengan bersungguh-sungguh dan bersih dari gejala bookie !!!

Comments

Popular Posts