Gitaris Kidal Idaman

Hahaha, salam sejahtera semua, hari ni dah 11 haribulan dah, amerika dulu kena serang dengan puak yang dilabel pengganas 12 tahun lalu, time tu aku amek SPM, hahaha. Oklah, takpa, itu cerita penuh misteri dan peperangan, yang tidak boleh disetelkan, apapun, gua nak ajak lu orang berseni kejap. Oklah, dah lama gua nak bikin entry ni, tapi asyik tertangguh dalam kepala je, ok, sekarang ni mempersembahkan, entri Gitaris Kidal Idaman. Oklah, pemilihan gitaris ni, memang satu, dianya kidal, dan satu lagi, penuh bermakna bagi aku, ok apapun jom kita layan entry ni.

gitar,kidal,jimi hendrix,mahal,rumah,seni,
Gitar Jimi Hendrix yang berharga lebih mahal dari rumah kos rendah

1) Kurt Cobain

Kurt Cobain

Kurt memang idola gua masa baru mula-mula nak kenal muzik rock, dan yang paling penting ialah orang yang betul betul suruh aku pegang gitar dan mainkan chord lagu grunge. Tapi yang paling best masa tuh tentulah album Unplugged in New York, bila tahu kurt dah mati, so kitorang memang layan album ni, masa tuh zaman aku, abangaku, dan kawan kawan, suka sangat gitar Kapok, dan mainkan lagu About A Girl, Come As You Are dan The Man Who Sold The World. Nirvana adalah band yang hidup sampai sekarang, walaupun Dave Ghrol dan cemerlang dengan Foo Fighters, tiada penggantinya !!!

2) Tommi Iommi

Tommi Iommi

Gitaris Black Sabbath, ye, gua lambat sikit dengar black sabbath ni, tapi tahulah skt skt, masa menjinakkan diri dalam dunia rock, riff black sabbath antara orang pernah sebut, dan nirvana juga aku rasa ada fluence dari riff riff berat sabbath. Tommi Iommi memang best bila sebut pasal ketabahan seorang gitaris. Jarinya yang cedera menyebabkan dia menjadi seorang yang kreatif dan unik. Gua memang layan lagu lagu dia, blues yang keras, dan jadilah heavy metal yang sedap. Paranoid mungkin riff yang biasa, tapi cuba dengar dan korek lagu lagu diorang. Salah satunya lagu yang Metallica pernah cover, Sabra Cadabra dan National Acrobat. Itu belum kira lagi zaman Black Sabbath dengan arwah Dio. hooo, ganaz !!!

3) Jimi Hendrix

Jimi Hendrix

Raja Gitar ni, paling gila, dan dia memang layak di gelar begitu, bagaimana dari muzik blues, dia dikatakan orang yang pertama guna overdrive dan mempengaruhi semua pemuzik blues dan rock. Senaraikan ramai pemuzik yang gilakan nya. Dan dia ni orang kulit hitam, penuh jiwa, tapi main rock tak ingat, yang banyak juga element blues. Tapi sayang , disebabkan gila dadah, meninggal pada usia awal, sama macam kurt !!!

4) Albert King

Albert King

Lu ingat stevie ray vaughan punya enjut tu dia bikin sendiri ke ? Hahha, lagi kena mau ingat, sapa yang boleh buat gitar nangis, kena gigit macam kucing, itu semua kerja Albert King. Cara permainannya, lagunya, banyak mempengaruhi SRV dan ramai gitaris blues di luar sana. Yang paling otai, dia main blues pakai flying V lagi, kalah james hetfield, ahhaha. Korang tengok macam mana John Mayer cerita pasal Albert king untuk rock n roll hall of fame. hoo, Ternyata, Albert King memang mempengaruhi jiwa blues gua. Apapun lu kena cari album Born Under the Bad Sign. Dan tengok juga video klip Pretty Woman oleh Garry Moore, Albert King feat main satu part solo, tapi cukup memakan hati gua,

5) Man Keedal

Man Keedal

Man Keedal punya pengaruh, dari jimi hendrix, ritchie blackmore dan yngwie malmsteen, jadilah Man Keedal yang kita tengok sekarang. Walaupun solo dia laju, terlaju, tapi gua suka juga cara dia gentel, sound distort nye tu pada satu ketika aku suka betul masa zaman Ella dulu. Dia penuh melodic dalam lagu lagu melayu yang ada. Dia adalah gitaris Search pada mulanya, dan menubuhkan Lefthanded, yang menjadi band lagenda tanah air Malaysia


6) Joe WINGS


Joe Wings

Yang paling mengancam dalam Malaysia, bagi akulah. Cara Joe main gitar, lagu lagu dalam wings, buatkan gua memang melekat dengar lagu WINGS setiap kali gua naik kereta. Joe juga memang melodic, tengoklah solo lagu SEJATI yang paling berhantu sampai sekarang. Bolehlah gua cakap, JOE boleh main simple melodi dengan penuh syahdu, dan itu element yang ada dalam banyak lagu wings. Setiap kali dengar lagu wings zaman zaman jerangkung, gua terbayang bayang macam mana joe boleh cipta solo solo yang hebat. Dan, cara JOE main blues pun memang best. Boleh dikatakan, masa joe masuk wings, setiap album wings mesti ada sekurang-kurangnya satu lagu Blues, hahaha. Dan tambahan lagi, JOE yang gua perasan main slide guitar dalam lagu rock, hahaha.


Banyak lagi gitaris kidal yang lain, tapi yang gua pilih ni , memang betul betul buat jiwa gua kacau, dan mempengaruhi juga gaya permainan gitar gua, walaupun gua tak main gitar sangat, tapi apa pun, korang pun ada gitaris yang betul betul jadi contoh dan ikutan.Oklah, bye


Comments

  1. Fuhh layan.. sy mmg minat main gitar masa dulu, cuma bila dh berumahtangga ni mmg slow sikit.. tp dari dulu sy mmg terpesona tngok org main gitar kidal ni.. lain mcm syoknya.. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka ni memang golongan yang genius, dan menjadi penggerak kepada sesuatu muzik

      Delete
  2. Otai-otai semua yang di atas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tentulah, kena dengar lagu lagu mereka, nanges terus

      Delete

Post a Comment

Popular Posts