Chalet D'Kampung Mr Os

Semalam, gua baru je balik dari Kuala Kangsar selepas menghadiri perkahwinan saudara Fahrizal Asmy dan pasangannya Atiqah Rahim. Kiranya, gua gerak ke kuale hari jumaat, nak cari tempat tidur, ingatkan nak bawak mak ayah duduk rest house, tapi nak senang feel baik punya, abah nak tengok sendiri chalet mr os yang tak jauh dari masjid dan kampung. Hehe, elok elok je, Mr Os ada kat situ dengan anak sedaranya, Becky. Apapun nasib abah memang baik dengan Os, jadinya Os bawa tengok semua bilik yang ada kat situ. Feel jugak ni !!!




Lokasi

Kiranya kalau korang dari bandar di raja Kuala Kangsar, korang kena seberang pergi ke sayong dengan jambatan baru tu, memang dah dekat sangatlah dengan tempat chalet ni. Sama ada nak ikut jalan besar, tak pun gua ikut jalan kampung je masuk. Tak jauh pun hehehe, tanya orang kampung, sampaile, tak pun tengok sign board, tak berapa besor, tapi oklah.

Nama Keluarga

Nama setiap bilik tuh, semuanya ikut nama family mr Os. Bilik yang korang tengok kat atas tuh Atan. Bilik yang kitorang duduk pulak YahDon, yah tu nama kakak mr os, Don nama abang iparnya. Hahha, hebat tul. Kiranya bapak aku kata, memang semua nama tempat tu nama family. Satu family Mr Os pakat dari tanah terbiar tuh, buat chalet. Memang bestlah, siapa nak suasana kampung yang betul punya, pakat pakat duduk chalet ni.

Harga

Harga dia ok je, akunye bilik tu dalam RM 115, ada yang RM 120, oklah, biasa je, kemudahan semua ok. Kalau pakat pakat nak jalan Kuala Kangsar nak tengok labu sayong, moh le datang chalet ni. Apapun memang best. Kalau nak makan, takdalah , tapi kalaulah kata ada musim buah, buah tu free je, time musim dughian, memang best. Dan ada kolam jugak kat situ, boleh mandi mandi, malam pun boleh mandi, ahah.

Comments

  1. mcm best je chalet mr os ni.. nak try la juge ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best dan suasana kampung yang pure, nak blajor cakap perok pun boleh

      Delete

Post a Comment

Popular Posts