Piala Malaysia 2013 Bermula

Nampaknya kemeriahan bola sepaka Malaysia diteruskan dengan bermulanya pertandingan Watson Piala Malaysia 2013, di mana 16 pasukan bertanding merebut piala berprestij ini. Hhahaa, sekali lagi, gua tak mahu ulas panjang, sebab semalam sahaja, banyak pasukan membuat kejutan, antaranya JDT tumpas di Shah Alam, Tentera kena bantai dengan Sime Darby dan sebagainya. Oklah, apapun, piala malaysia ni, gua nak ulas pendek je beberapa isu yang terdetik di hati gua !!!

piala,malaysia,2013, sukan
Piala Malaysia 2013


Tiada Pasukan Pilihan ?

Memang, aku rasa kali ini, tiada pasukan pilihan, kerana nampaknya konsisten setiap pasukan kita tidak nampak, dan tiada juga pasukan yang betul-betul dominan. Semalam Kelantan juga tidak berada pada prestasi sebenar, dan hanya mampu seri dengan Pahang. Selangor pula lesu di Pasir Gudang. Apapun, Sime Darby, T-Team, Perak bermula cemerlang, dan tak lupa Negeri Sembilan yang berjaya menundukkan wakil pantai timur semalam. Apapun, kita tunggu lagi perlawanannya seterusnya !!

Betul ke Piala Malaysia Tak di Iktiraf ?

Hahha, yang ni gua terbaca beberapa komen di facebook. Sebab tiada format piala yang ada liga dan kalah mati. Biasanya pun kita tengok Copa Del Rey , FA Cup, semuanya bermain secara kalah mati, dan berjalan serentak dengan Liga. Dan ada sebab kita perlukan jalankan serenta supaya kita dapat bermain dengan perlawanan yang banyak, dan dapat juga bagi orang lain main !!!

Stadium Shah Alam Venue Final 

Kalau dengar berita pagi tadi, FAM dan hantar surat rasmi untuk venue perlawanan akhir untuk saingan kali ini. Tak dapat lari dari isu masalah padang Stadium bukit jalil dan barcelona yang komplen, padang SNBJ sungguh teruk sekali, hahaha. Bajet dulu nak tutup, tapi banyak benda yang teruk , ianya terus melambangkan pembangunan dan ranking bola sepak kita !!!

Ke mana Hala Tuju Bolasepak Kita ?

Ramai tak ambil port, bahang piala malaysia, ramai juga member lebih layan EPL, La Liga, dari nak menontong azamudin akil beraksi, amri yahyah, piya. Paling mengecewakan sekali ketika 2012, di mana dalam skuad AFF 2012, berapa kerat je pemain Kelantan yang ada, sedangkan Kelantan tahun lepas ialah juara TREBLE, hahahaha, jadi nampaknya, Piala Malaysia hanya syok sendiri rakyat Malaysia, tiada mendapat liputan, dan belum pasti melahirkan bakat-bakat baru bola sepak negara. Sekian sahaja dahulu, banyak lagi nak cerita ni, terutama hala tuju MISI 33 Selangor !!!!

Comments

Post a Comment

Popular Posts