Bagaimana Cara Nak Jemput Rakan Like Fanpage di Facebook ?

Hahaha, kalau ikut keyword nuffnang dan blogger aku ni, semuanya dok cari perkara nak LIKE ni. Antara benda terpenting dalam business online ialah jumlah LIKE yang berkualiti. Aku rasa, sebenarnya teknik menjemput like ni, kenala tanya beberapa sifu terkenal, bolehlah korang tanya abe jamal, abe faisal, dan lain-lain lagi yang sungguh handal, dan yang mengaku handal (macam aku) untuk ajar korang teknik dapat LIKE banyak dalam SEBULAN, SEMINGGU , SEJAM . Oklah, kali ini aku nak share kat korang bagaimana nak jemput rakan anda yang lain like fanpage anda di facebook. Ok macam biasa tajuk ini adalah hasil carian keyword nuffnang yang singgah blog aku !!!


fanpage facebook banyak like


Langkah Pertama - Buka Akaun Fb dan Fanpage

Ok sebelum nak mula menjemput rakan rakan anda, apapun,  korang kenalah ada akaun FB sendiri ye, senang je, buka je facebook.com tu, korang boleh sign up dan mula mencari rakan-rakan di facebook ok ? selepas tu dah ramai sikit kawan, bolehlah create fanpage yang anda suka, tak kisahlah, nak buat business ke, jadi artis ke, nak buat tribute ke, troll FAM ke dan macam-macam lagi boleh buat.

Tekan butang Invite

Oklah, selepas dah create Fanpage, anda cuba cari butang Invite, kat situ korang boleh Invite kawan -kawan, cara baik , untuk Like fanpage korang. Hoo, ini cara paling basic untuk invite rakan anda di facebook. Ok, kalau diorang tak nak like, takpa, jangan paksa. Anda akan tengok, bila jemputan dah dihantar, anda dah tak boleh invite dia lagi dah !!!

Email rakan rakan anda

Ada lagi option yang FB bagi kat anda, ada butang email rasanya kat bahagian Invite tu. So anda boleh import semua email masuk kedalam option ini. So nanti FB boleh hantarkan email dan jemput diorang like fanpage anda. Dulu pernah cuba cara ni, tapi last-last FB hantar warning sebab email anda ialah SPAM, adui, adui, pening kepala ni.

FB Walking

Kena rajin komen kat wall , photo, kengkawan kita, dan secara baiknya, jemputlah mereka untuk like fanpage anda. Apapun, jangan paksa ok !! Ataupun, korang boleh je PM sorang sorang member korang, tapi buatlah dengan cara yang beradab, sebab silap silap kena unfriend pulak nanti, hahaha. 

Jemput Guna BLOG dan VLOG

kalau rajin tulis blog, kat blog atau vlog korang pun, jangan lupa jemput ok, biasalah zaman sekarang ni, semuanya blogger terkenal, nak jemput, buat iklan , so cara paling cool juga ialah jemput diorang like facebook korang, hehhe, lepastu kasilah hadiah skt, mana tahu dia suka cokelat, hahaha. Apapun, blog pun boleh jemput orang like fanpage ok .

Comments

  1. boleh follow tips ni.. mintak2 boleh dpt jd mcm kamu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je, kalau nak lagi ramai, yang tu pakai duit, apapun bina kredibiliti, tu lagi penting

      Delete
  2. Ye.Betul tu.Info yang menarik.

    ReplyDelete
  3. ASSALAM..SAYA ADA FANPAGE..MASALAHNYA SEKARANG SAYA UPLOAD GAMBAR DI TIMELINE..GAMBAR YANG SAYA UPLOAD TIDAK KELUAR DALAM TIMELINE FB KAWAN KAWAN FANPAGE SAYA..KENAPA YE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni facebook dah betul betul strict tentang gambar, tentang status dan tentang apa yang kita tulis,

      cuba baca pasal topik TRENDING dalam FB sekarang,

      dan sekarang FB ni pentingkan orang gunakan perkhidmatan iklan

      Delete
    2. Jadi camne nak slesaikan masalah ni?

      Delete
    3. sekarang ni cara yang FB nak ialah kita guna FBAds,

      cara paling mudah ialah gunakan VIDEO !!!

      Delete
  4. Maaf mengganggu..konsep trending tu camne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je, kita tengoklah trend yang orang suka bincang sekarang, contohnya sekarang orang kecoh kes denggi, cerita harun salim bachik meninggal, so kita kena tahu apa yang orang suka diskus,

      Delete

Post a Comment

Popular Posts