Ustaz Maahad Tahfiz yang Rock !!!

Hari ahad lepas, saya dan isteri sempat lagi membuat satu lagi program baru, aktiviti baru yang ramai dah orang suka buat, tapi kitorang je baru je first time dapat merasa, kali ini ialah berbuka dengan pelajar di sekolah maahad tahfiz. Sebenarnya yang ni idea si dina, kawan kawan wife ukhwah blogger, yang anjurkan majlis sebegini. So maknanya malam tu, kami siap solat tarawikh bersama-sama, dan selepas tu pulak ada aktiviti baca yassin dan doa selamat. Kami sampai rumah hampir pukul 12 jugak, hahaha. Oklah jom kita tengok apa yang menarik di sana. 


ustaz rock



LATAR BELAKANG

OKlah, sedikit latar belakang sekolah ni. Sekolah Intergrasi Raudoh Al - Quran, Sungai Serai. Ditubuhkan pada tahun 1993. Terletak 20 KM dari selatan Kuala Lumpur.Merupakan institut pendidikan Islam swasta. Menawarkan pendidikan di peringkat tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah serta tahfiz (separuh masa). Menggunakan sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jais untuk pendidikan akademik dan diniah serta hafazan al-quran (separuh masa-4 jam sehari). Aku dengar ustaz tu cerita, kiranya diorang pagi dah kena bangun tahajud, lepas itu solat subuh, hafazan, tengah hari check bacaan. Petang ada riadah, malam sambung bacaan lagi. Kat sini ada juga asrama, dan ada juga yang datang macam biasa. 

CERITA USTAZ  HUZAIFAH

Lepas je solat maghrib, kami makan makanan yang di bawa oleh kami, so makan tak makan, tak borak tak syoklah pulak, hahaha, Oklah nak diceritakan, Ustaz Huzaifah ni rupanya cucu saudara Ustaz Muhyi, mantan imam besar Masjid Sultan Salehudin Abdul Aziz Shah , Shah Alam. Hoo, dia kata di pernah kerja dekat gerai makcik dia sebelum dia jadi cikgu kat sekolah tahfiz ni. Seronok jugak, memang aku dengar pengalaman Ustaz Huzaifah memang seronok, aku nampak memang dia pandai mendidik anak anak muridnya, haha. Oklah yang ni aku nak cerita sikit beberapa point menarik pasal dia.

  1. Pernah masuk balai, sebab ada pelajar dakwa dia dipukul oleh ustaz, sampai Polis terpaksa cakap "Saya nak bantai ustaz kat sini", Ustaz pun dengan selamba je jawab " Ok saya dah bersedia". Lepas tu nasib baik setel, student tu kata adik dia yang besarkan perkara !!

  2. Katanya ada 11 orang datang nak cari Ustaz, katanya macam tak puas hati, sampai Ustaz dah standby pakai seluar track nak berlawan, hahaha, nasib baik 11 orang tu baik, tak mahu cari pasal, kata Ustaz nasib baik psikologinya jadi, kalau tak, mengucap juga nak kena berlawan.

  3. Ada jugak yang sorang ni katanya dulu tak boleh nak cakap, Ustaz cerita budak ni sekolah lain, tapi ustaz kata, Al Quran ni pilihan Allah, ustaz tu kata memang ada budak yang memang cepat lupa, baru ajar kejap seminit dah lupa. Ustaz kata nak marah jugak, tapi berkat kesabaran, budak tu memang boleh baca sikit sikit. Ada juga Ustaz kata, ada sorang anak pengacara tv1, datang hantar anak dia tak pandai cakap ke sekolah tahfiz lain, last last bapak budak tu terkejut, anaknya dah boleh imamkan tarawikh 20 rakaat, Allahuakhbar !!! 

  4. Ada juga yang masih kecil dah datang, Ustaz kata "Ayah kamu mana?" Budak tu kata, "Ayah masuk penjara sebab pukul Mak" Sedih jugak cerita diorang ni. Aku sempat tengok budak tu datang kat Ustaz, memang kecil lagi. 

  5. Kat maahad tahfiz, dari orang yang susah sampai anak selebriti pun ada. Yang kelakarnya, Ustaz kata ada yang kembar, ala ala upin ipin, hehehe. Siap diorang masa sambutan hari guru, buat drama Upin Upin lagi, budak yang kat point no 4 kat atas tu siap berlakon jadi Jarjit

  6. Budak-budak ni ada juga yang dulu tokan dadah, hahaha, siap cerita lagi macam mana nak buat dadah, macam mana nak jual. Hoo, tapi teruk jugak Ustaz kata kalau dapat budak dadah, siap lawyer datang, katanya kalau budak tu gagal dididik dengan cara lembut, budak tu kena dididik dengan cara keras, hmm, masuk penjaralah jawabnya !!!

  7. Ada jugak yang mula-mula tu masuk, sedih tak mahu duduk asrama, sampai lari pecahkan pagar sekolah sebab rindu kat mak ayah. Ustaz dapat idea, dia suruh budak budak besar pakai kain putih jadi pochong, habis budak tu tak jadi nak lari.

  8. Ustaz kata, budak budak yang tak boleh membaca, Ustaz bagi komik Islam yang bagus, ustaz kata takpa, tapi kalau baca komik naruto, memang kena ambillah, hahah. Lagi juga yang bawak handphone, kalau tak bagi Ustaz simpan, jawabnya kena campaklah handphone.

  9. Ustaz pernah kata, budak budak petang kena main sama-sama, buat aktiviti bersama, contoh main badminton. Cumanya masatu ada satu budak tu suka main sorang-sorang,rasanya main tangkap belalang. Ustaz campak budak tu ke paya, hahaha, last last terus nak main sama-sama. Bagus tu buat aktiviti bersama-sama.

  10. Ustaz pernah cerita masa budak tu malam-malam tidur, ustaz datang jengok, lepas tu ada jugak yang tak boleh tidur, pegang tangan ustaz. Ustaz tanya mak dia, kenapa macam tu, mak ustaz cakap, budak-budak tu jenis yang tak cukup Kasih Sayang mak bapak. Tapi memang sedih, sebab ada yang duduk asrama tu sejak kecil lagi, dia anak angkat je, duit pun mak bapak angkat dia dah tak bagi sejak dapat anak kandung.

  11. Tapi yang paling best aku pernah dengar ialah, Ustaz boleh tahu ada budak hisap rokok. Budak tu tanya, "Macam mana ustaz boleh tahu kitorang hisap rokok ?" ustaz cakap," Ustaz tahulah, ustaz ada yang 'tolong' " , budak yang kantoi tu balas, "Ustaz bela jin ke, hoo, syirik tu Ustaz" Ustaz dengan tenangnya jawab, "Ustaz tahulah, sebab Allah yang tolong Ustaz !!!" 

ADA REZEKI LAGI KE ?

Di murahkan rezeki, aku nak pergi lagi tempat lain, nak belajar dengan Ustaz ni, macam mana diorang boleh power didik anak-anak murid yang macam macam karenah, hahaha. Sememangnya kita ni, sebagai pemimpin, kena lalui saat-saat ini, dan pengalaman tulah yang banyak mengajar kita. Amalan kita  dengan Allah, tu yang paling utama. Sebab tu aku tengok Ustaz boleh tahu bebudak ni buat apa , nak didik macam mana. Hebat hebat !!! Sekiranya korang berminat nak tahu lagi pasal Sekolah ni, boleh hubungi di alamat bawah ni dan website diorang ni

NO. 10 dan No. 7 LOT 967, LORONG SERAI 4/3, BATU 11 1/2 KG SG SERAI, JALAN HULU LANGAT, 43100 HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA.

NO.TEL PEJ/NO.FAX : 03-90745744 NO.HP MUDIR(TUAN HAJI ABDUL RASHID) 013-2512810 NO. AKAUN BANK MUAMALAT RAUDOH AL - QURAN - 1402-0001393-71-1

Raudoh Al-Quran (RA) diberi nama semperna dengan sebuah tempat (taman) di Syurga Firdaus. 

Comments

Popular Posts