Scythe - Jeans Terbaik Dari Jepun

Setelah sekian lama aku nak pergi kedai member aku ni, akhirnya aku berjaya jugak singgah , hoo, banyak jugak koleksi kat kedai baru dia. Kedai lama en Bob sudah tutup atas masalah teknikal, dan akhirnya, bertapak di The Curve Damansara, Scythe berjaya membawa beberapa koleksi fashion yang memang dikira old school . Kitorang harini berbuka the The Curve , saja nak bawak arreessa zulaikha jalan jalan, sambil tu mama Ainul Mustafa nak pergi IKEA nak shopping raya. 

scythe, pelanggan, curve, damansara, jeans, denim, japan, levis,badger,
puas hati nampaknya, abang ni

Koleksi Terbaik

Sememangnya , kalini kawan aku BOB telah membawa jeans terbaik dari Japang sana, untuk di jual di sini. Kali ini, hoo, korang akan saksikan, bagaimana pembuatan jeans cara traditional, dibawa ke sini. Jeans Denim ni, memang smart, bak kata BOB, ni semua style fashion lama, jadi siapa yang berminat dengan fashion jeans lama-lama bolehlah korang tengok kat sini. Harga macam mana ? Hahha yang ni harganya memang best , korang boleh datang sendiri kedai ni. Selain itu juga, ada jugak baju lain, levis US, dan juga sedikit koleksi Badger, hoo, sempoi gitu. Tempat nya sungguh lapang, boleh lari lari. Saudara Halimi sedia membantu anda mencari pakaian yang sesuai untuk anda.

Lama tak jumpa

Tak sah lah kalau tak borak, aku sempat cerita dengan bob dan abangnya. Kitorang tak lari dari isu business, bola, muzik. Tapi paling penting isu survivor, nak survive, rumah mahal, resam orang berniaga dan sebagainya. Sembang punya sembang, beberapa point penting yang aku dapat dari cerita tadi.
  1. Kuasa - kuasa pembeli, kuasa pasaran, kitorang memang akui, kalau kita menguasai pasaran, memang mudah orang nak ikut cakap kita. Dan ternyata, sesetengah pihak sebelum naik, memang pandai merayu, tapi bila dah popular dan kaya, berlagak sombong tak tentu pasal
  2. Desakan - memang, kalau tiada desakan, susah nak berjaya. Sempat lah jugak si Zaifariq dok cerita kawan diorang yang buat public mutual, tapi sebelum tu dia buntu pindah KL, tak tahu nak buat apa, takda kerja. Akhirnya, desakan itu membuat dia berjaya beli kondomininum sebiji kat area Tropicana, hahaha.
  3. Cuba - kalau tak rajin mencuba, bukanlah hidup namanya. Kawan si BOB ni , cakaplah apa business, semua dah cuba, dan bukannya nak kata berjaya atau tidak, tapi itulah pengalaman yang mahal, ilmu yang berguna kepada seseorang yang dah melalui liku kehidupan sebagai seorang usahawan yang berjaya.
  4. Rajin - rajin tak rajin, apa pun dalam dunia ni, semuanya nak kena rajin, Kalau malas, buat apa pun, takkan jadi punya. Jadi, apapun bidang yang kita ceburi, kenalah rajin rajin dan rajin. Rezeki tetap ada, itu Allah dah Janji.

Apapun, selamat maju jaya SCYTHE - semoga korang semua SUKSES !!!!



Comments

Popular Posts