Ramai Nak Berjaya Tapi Banyak Alasan

Ramai orang nak berjaya, tapi, macam biasa, mulut tak sama dengan tindakan, hahaha, biasalah tu. Kita pun kekadang badan rasa malas buat, tapi hati nak jugak. Hoo, sememangnya, macam-macam alasan yang mereka keluarkan, termasuk aku sendiri yang banyak jugak alasan, memang sungguh tak hensem bila bercakap macam tu. Kalau korang tengok orang-orang yang berjaya, biasanya diorang ni memang hati keras batu, main redah je, tak mahu banyak alasan dan banyak berkorban masa , harta , tenaga, dan akhirnya kepuasan dan kenikmatan hidup tu datang kepada diorang. hooo, hebat hebat !!!


bagi alasan



BERJAYA OH BERJAYA

Nak berjaya tu macam mana ye, apa itu berjaya ? aku sendiri dengar macam-macma maksud dalam dunia ini, orang yang suka maksudkan berjaya. Sampai ada syarikat yang guna nama berjaya pun ada. Tak pun dulu ada player Malaysia namanya A Jayakantanh. Hooo, semuanya ikut kepada pendapat masing-masing, orang tu kata , kalau kita ni ada phd pelbagai di kira berjaya, kalau kita belajar oversea dikira berjaya. Orang business kata kalau income kita tinggi baru dikata berjaya. Hooo, kiranya ko pergi je tanya macam-macam orang, ada je interpretasi sendiri tentang berjaya ini. Ahli muzik pulak kata kalau ada album, baru dah di kira berjaya. Cumanya, orang yang berjaya tu, dalam Surah Al-Baqarah ayat 1-5, dah sebut dah, ni dia ciri-ciri orang yang berjaya !!!

1] Alif, Laam, Miim.[al baqarah ayat 2] Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;[al baqarah ayat 3] Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.[al baqarah ayat 4] Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). [al baqarah ayat 5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.

MASA ITU EMAS

Hooo, dulu, masa aku sekolah, semuanya cakap, masa itu emas, emas itu kaya, hahhaa, tak terfikir aku. Tapi memang betul, bila kita buang masa malas belajar, mulalah menggelabah, tak boleh nak jawab periksa, lepas tu salahkan tiada masa dan sebagainya. Samalah, apa yang kita buat, nampaknya kita ni suka cakap, masa tiada. Tapi semua orang pun dalam dunia ni, ada 24 jam setiap hari. Kalau tiada masa, apa nak buat ye, hahaha, belajarlah pengurusan masa. Berdoalah kepada Allah, dan fokus kepada masa yang ada. Insyaallah, walaupun masa kita tak banyak, tapi setiap apa yang kita buat, tentu akan ada hasilnya. Tapi kalau tak boleh nak korbankan sikit masa, nak banyak, yang tu susahlah. Orang yang berniaga, korbankan masa tidur, samalah orang yang belajar penat-penat siap malam, semata-mata nak berjaya, dapat kerja dan sebagainya. Masa ini, memang emas kalau pandai guna, tapi akan hilang kalau kita abaikannya !!!

MALAS OH MALAS

Yang ni alasan paling gila, semua benda dah ada, ada orang nak tolong semua, tapi kalau dah MALAS, apapun tak jadi. Hoo , saya pun kalau dah malas, memang blog tak udate , phd tak buat, apapun saya duk kat rumah, tak buat apa. Kita pastikan hidup kita, penuh dengan aktiviti yang berfaedah. Biarlah orang kata apapun, janji kita suka apa yang kita buat. Kekayaan, kepandaian bukannya penentu kejayaan. Kejayaan itu perlu didaki, dan semua orang melalui proses berjaya yang berbeza. Bila saya tengok kembali 29 tahun hidup di bumi Allah, saya sedar, setiap kita ada rezeki di mana-mana. Ada yang rezeki di Universiti, ada rezeki di Internet, ada rezeki di Pasar malam, ada rezeki jadi ahli Politik, dan saya kagum, ada orang rezekinya di Tong-tong Sampah dan tempat yang kotor. Mereka mencari rezeki yang halal. Jadi mereka ini, tiada istilah MALAS, dan goyang kaki.

BERTINDAK SEKARANG

Kalau anda rasa nak beli rumah mahal, nak buat business susah, nak buat tu susah, dan susah, sekarang masa untuk bertindak, Kalau anda nak belajar business, macam-macam cara boleh, kat luar sana, semuanya ada. Kalau belajar dengan kami pun kami ok je. Nak beli rumah, harga ayam mahal, semuanya kita boleh, kita kena bertindak sekarang, buat apa yang kita suka, keluar dari zon selesa. Insyaallah , kita akan kaya dan berjaya !!!!

Comments

  1. bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Nak senang kena berusaha hingga berjaya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts