Planta : Blogger Membuat Kuih Raya

Salam pagi semua, tadi saya sempat mengikuti wife saya puan Ainul Mustafa yang dijemput khas untuk menghadiri satu program amal khas bersama Planta di Mydin Whole Sale Market di Subang Jaya. Hoo, memang teruja sangat nak pergi, sebab kali ini, sesi khas membuat kuih raya bersama-sama blogger-blogger lain, dan juga pihak media, diadakan khas untuk kami (perasan aku pun hot blogger). So dalam memeriahkan suasana Hari Raya dan beramal, Planta telah menjemput kami untuk membuat bersama-sama kuih semprit raya. Hoo, memang best !!!

planta, kuih,raya,semprit,blogger,hot, business,
Chef Faiz dan Ainul

Lambat Sampai

Kisahnya nak diceritakan, kami nak singgah Pos Laju Shah Alam sebab nak ambil barang. Adui, bolehlah pulak barang lambat jumpa, biasalah ramai orang, so nak tak nak kenalah tunggu jap, itupun jumpa satu barang je. Yang lagi satu saya cakap kat abang tu, nanti kitorang ambil kemudian. Pergh nak ke USJ pulak, ingatkan ikut KESAS senang, sekali boleh pulak jalan nak ke USJ tu dia tutup, so kenalah buat U-turn, jamm lagi. Hoo, jamm memang tak jamm, rupanya tempat Mydin Whole Sale Market tu, pergh, ramai gile pergi, hoo, mestilah, barang murahnya. Aku nak cari parking, punyalah lama, last-last, aku terpaksa parking sebelah giant, dan jalan kaki ke Mydin. Nak tak nak, mahu kitorang redah jugak, program Planta ni. Kecik-kecik dulu mak buat nasi goreng planta, sedap !!!!

mydin,whole,sale,market,subang,jaya,sesak,jammed
Mydin Whole Sale Market Subang Jaya

Buat Kuih Semprit 

Oklah, nampaknya masa aku datang tu, sempat lah juga , program baru nak bermula. Oklah, nampaknya abang pengacara botak telah memulakan program, dan macam biasa, orang kuat Planta Victor Liew telah merasmikan program ini. Oklah kali ini, Planta telah menjemput rumah anak yatim Nasuha.Kuih raya yang kami buat tu setiap satu ada penerimanya. So nanti bila dah siap , akan di masukkan dalam balang khas, untuk penerima tersebut. Oklah macam biasa, ada assistant chef akan tolong. Arreessa pula, adui, time tu pulak nak Mama, nak mama. Oklah saya sempat ambil gambar dan video, nanti tunggu VLOG kami, yahoo.

cher,ainul,mustafa,planta, kuih,raya
Chef Ainul 

Kuih Bintang Idaman

Sesi kedua pula ialah  kena lukis kuih raya yang anda suka. Ok, sebab Arreessa tetiba merajuk lagi, jadi nampaknya, kenalah bikin sorang sorang, nasib baik awek planta tu tolong amek video. Hoo, nampaknya aku main belasah je lukis, hahaa, tak tahu, aku buat je kuih aku tu KUIH BINTANG IDAMAN. Bolehlah pulak belasah lukis siap dengan air oren. Oklah, nanti korang tengok video macam mana aku buat lukisan yang paling lawa dalam Subang Jaya, boleh kalahkah gayour nampaknya, hahaha.

Puas Hati

Apapun, kami tetap puas hati, dapatlah juga jemputan khas ni dari Planta. Wife amat teruja sekali, sebab dia pulak tetiba di temu ramah oleh wartawan Metro katanya. Macam biasa awek aku ni, cakaplah pengalaman dia buat kuih masa kecil dulu, adik beradik ramai, semua orang buat kuih raya, Ayah Cikgu Mustafa siap puji lagi kesungguhan mereka membuat kuih yang aku tak dapat rasa. Hahha, Apapun, aku juga sempat bertegur sapa dengan blogger hot Cik Lily Putih, dan sempat minta dia share pengalaman dia buat Kuih dengan Planta ni. Thank Kak lily. kat bawah ni ada sedikit video yang sempat edit. Apapun tunggu VLOG penuh dari kami. Thanks PLANTA !!!





TUNGGU VLOG KAMI YE, atas ni, preview jap, hehehe, 
Buat kepada penerima kuih, adik Muhammad Safuan, Jadilah Insan Yang Cemerlang Dunia Akhirat !!!

Comments

  1. Owh.. ini lukisan yg tertumpah air oren ni. Salam perkenalan dari Mama Liza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kerana sudi singgah dan salam perkenalan dari saya Faiz dan Ainul

      Delete
  2. salam ramadan
    ooo anak kamu yang menangis masa mak dia tekan semperit tu. bagus hasil kerja video kamu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak ina, tak sempat nak temubual semua orang, atleast dapatlah merakam sedikit kenangan berssama blogger hebat

      Delete
  3. terima kasih atas membuat video tersebut..memamg hebat !!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts