Kepentingan Membuat VLOG

Salam sejahtera semua, hari ini, saya bangun pagi, pakai baju angry bird, sebab masa tulis entry ni gua belum mandi lagi, hahah, kantoi. Apapun, dalam masa beberapa minggu lepas, kitorang sibuk dengan VLOG, nampak gayanya, penting ke VLOG ni, ada ke orang nak tengok ? Oklah saya pun dulu pernah buat video-video yang simple, ada yang bercerita, dan ada yang juga saya jamming je. Oklah jom kita tengok serba sedikit kepentingan VLOG ni.


best buat vlog


V-Log -Video Blog

Hahaha, kalau kamu semua rajin baca wikipedia, hoo video blog, hahaha, senang kan, kalau korang semua macam malas nak tulis ayat berjela-jela. So cakap je, ambil video, pakai cun-cun, senang je kan. Tapi nak rekod pakai apa ? Sekarang ni banyak gadget skrg, ipad, tab, dan sebagainya, dah boleh rekod kualiti Full HD. Hahaha, jadi buatlah apa-apa cerita. Kiranya korang boleh buat yang simple-simple dulu, contohnya cara nak pakai tudung, nak buat presentation slide, dan sebagainya. Hooo, memang best. Saya dulu rajin rekod video jamming, masa saya buat show mesti nak rekod. Tapi dia tak jadi VLOG tu jadi video music. Kalau nak VLOG, korang boleh buat tutorial yang mudah-mudah. Yang paling senang ialah buatlah teknik mudah kira sifir macam saya buat dulu haha.

Kualiti VLOG - 4 tips mudah

Oklah, mostly korang tengok ada vlog yang suaranya tak berapa nak jelas, cahaya kurang, bergegar-gegar dan sebagainya. Jadi korang bolehlah ikut tips dari Master Kamarul MKB dekat bawah ni, memang bagus tips dia. Penting untuk menjadikan VLOG korang seperti video profesional macam Yusof Haslam. Hahaha, big daddy dan mommy Hadhatina dah buat macam Nona pun ada, dengan suara ayu ala-ala normalas fansuri pun ada. Oklah 4 tips mudah tu ialah ,

  1. Pencahayaan -Lighting - Nak muka korang nampak cun melecun, mestilah ada cahaya yang cukup terang, so takdalah gelap sangat. Kang jadi video lain pulak nanti yang gelap ni. Jadi korang boleh pasang lampu terang-terang, ataupun buat video kat luar rumah, time cerah-cerah. Kalau nak pakai lampu minyak tanah pun boleh, jadi terang ok !!!

  2. Microphone - ramai yang buat vlog, main rekod je, guna internal microphone dalam kamera DSLR macam kitorang buat. Tapi untuk sound yang bagus, gunalah microphone, korang akan rasa suara korang mudah diedit, kalau laki, suara macam Jamal Abdilah pun ada, barulah macho skt. Jadi microphone memang penting, ada yang boleh tapis bunyi-bunyian noise lagi, terutama yang buat recording atas bukit !!!

  3. Tripod - guna tripod, jangan biar camera gegar, supaya tak nampak korang bergegar-gegar dan goyang . Ini penting, sebab banyak mempengaruhi korang punya penontong kalau banyak goyang. Ini bukan video harlem shake, ni VLOG korang, lagi lagi kalau korang ada benda nak demo, nak buat masakan dan sebagainya

  4. Masa - masa untuk VLOG pun penting, supaya penonton tak bosan dengan ucapan ala-ala ahli politik yang panjang berjela-jela. Biar ianya padat dan penuh idea, supaya mereka boleh ingat semua point anda. Apapun, setiap topik, boleh dimudahkan, dan korang boleh fokus apa yang korang nak buat, dan cuba buat VLOG dalam masa 5 hingga 10 minit. Kalau dah 15 minit dah macam short filem pulak. Kalau satu jam, dah macam Filem Sembilu pulak !!!




VLOG, SEO, Pemasaran

Yang ni memang advance, korang boleh study bagaimana VLOG boleh menjadi kuasa SEO dan seterusnya membuatkan Sales korang meletup. Korang boleh tengok sendiri beberapa keyword, ada yang mulanya keluar tentunya satu tu ialah video. Apapun, banyak benda lagi korang boleh gabungkan BLOG+VLOG+FB untuk membuatkan business korang lebih masyuk !!! Oklah, sesiapa yang berminat, jomlah kita buat. Penat jugak tau, nak rekod scene 5 minit, ambil masa  50 minit, hoo. Adik aku pun, buat video klip 5 minit, ambil masa sehari juga nak buat video klip muzik yang bagus dan mantap. Oklah Selamat Berpuasa !!!!

Comments

Post a Comment

Popular Posts